kumis tipis hiasan
wajah tampan rupawan
semua yang ada padamu
membuat hatiku tak menentu
tunggu tunggu ku tunggu
nanti nanti ku nanti
hari hari ku lalui
tiada berita darimu
akhirnya ku tahu semua itu
kau kini telah berdua
hancur hatiku jadinya
hancur hatiku jadinya
malamku sepi tanpa bintang
bagai hatiku yang bimbang
memikirkan kau seorang
ku cuba untuk melupakan
wajah tampan yang rupawan
yang hilang dari pelukan
namun mengapa di mata ini
wajahmu selalu terbayang
namun mengapa di mata ini
wajahmu selalu terbayang
------------------
usah bertanya selang masa mana hati ini dipaksa untuk mengabaikan rindu. sentiasa ia bersembunyi dalam tiap detik nafas ini. terkadang sesak dada memikirkan walau telah bermusim ianya berlalu.
tidak lagi mengharapkan satu pertemuan, tidak lagi mengharapkan kedengaran lunak suara, tidak mengharapkan lagi ungkapan biar sebaris kata. segalanya telah berlalu dan tidak ingin lagi hati ini mengulangi.
kata-kataku seolah tersekat. fikiran ku tersekat. perasaan ku seakan terjerat. siapa yang mendengar jeritan hati ini, siapa pula yang mampu mendengar tangisan hati ini.
mengapa mesti muncul kembali setelah segala impian berderai tika terjaga dari mimpi. terus pelbagai soalan menerjah dalam kotak fikiran.
~ please protect my heart ALLAH..
No comments:
Post a Comment