5.2.08
siapa di SISI aku
satu perkara yang aku perasan.. makin ramai yang menjauh dari aku sekarang ni.. makin aku taw sapa sebenawnye yang menjadi teman dalam hidup ni...
:) .. bukan satu benda yang baru.. bukan satu penemuan yang tidak disangka...
banyak perkara yang sampai ke telinga aku.. banyak perkara.. tapi dalam banyak-banyak hal.. dalam banyak-banyak keadaan.. aku cuma diam... sebabnya.. aku tak reti nak menjaga tepi kain orang.. kalau ada cerita tak baik sampai kat telinga aku.. selalunya.. itu la titik penamat cerita tu... kalau cerita yang baik .. amik kesempatan mengusik.. fuhh... memang nikmat dunia yang tak disangka..
:).. tapinye aku celupar.. sebab tak teringin aku nak simpan dalam hati.. ada yang tak kena .. aku cakap je.. kena lak team aku lelaki.. tak banyak kerenah.. cuma kalau ada fikiran gender sebaliknya.. nasibla.. kalau nak amik hati.. nampak sangat tak kenai aku..
well.. pasai keje.. then keje je aa.. personal matters.. sendiri mau ingat..
dah berkali aku cakap.. hati aku cuma satu.. dalam hati aku.. aku hanya mampu menyayangi sorang dalam satu waktu.. dan ruang tu tak mungkin diganti dan berganti.. biar berapa banyak pun luka yang berbirat dalam hati aku neh.. perasaan itu tetap sama.. cuma pada aku dia dah mati dalam dunia ni.. yang ada cuma kenangan.. dan hidup aku mesti aku teruskan demi kasih sayang.. insan yang menyayangi aku.. ** adeh!! lap air mata sat.. teremo la plak..**
nampaknya.. aku kena ingatkan diri selalu.. buat hal sendiri sudah.. makin ramai yang tak suka nih.. hrmmm.... 'pedas' betul mulut aku eh...
mengenangkan yang mana yang rapat ngan aku.. naper agaknya diaorang leh duduk dengan aku sejak dari zaman skolah.. dan sumer diaorang tu lelaki.. hrmmm.. sumer diaorang tu leh lawan cakap aku balik.. diaorang aku 'perang' cakap ngan aku esp bila aku salah untuk diaorang betulkan aku.. diaorang akan paksa aku buat perkara yang paling aku tak suka.. untuk kebaikan aku...
penah berkali-kali aku hempas gangang tipon.. aku hempas pintu keta.. aku hempas pintu pejabat kat muka diaorang.. geram nye pasal.. tapi sudahnya.. baik gak ngan diaorang..
bila diaorang cakap aku 'sewel'.. aku kena la terima.. cakap aku 'hangin' cam orang tak betul pun .. aku kena gak terima.. cakap la apa juga pun.. aku sengih je.. sebab bila ada problem.. diaorang le yg akan aku carik...
oleh itu .. aku pun kena la terima gak keadaa bila diaorang lak tension.. dan buat perangai cam orang tak betul ke haper ke... aku kena 'level' untuk handle diaorang la pulak... tu pasal.. ada yang dah rasa 'pelempang' aku.. ye aa.. bila perangai dah macam bukan orang..
tapi aku pun bukan semakin muda macam dulu.. banyak yg dah cool ni.. kengkawan aku pun dah makin 'level' even hidup diaorang pun dah makin baik dari aku.. tak kisah aa kan.. rezeki masing-masing..
so.. aku nye next things to do.. bebanyakkan istighfar.. 'tenang'kan hati.. apa yang berlaku harapnya.. diri aku selalu ingat yang aku hidup bermasyarakat.. kerja pun bermasyarakat gak.. kena faham.. yang keliling aku ada lelaki dan ada perempuan yang gender lelaki dan gender perempuan.. dan dominan gender berlainan dalam jantina yang berlainan...
huhuhu... patutla prof aku pesan.. suh aku sambung research aku on gender study.. banyak complexity rupanya... hrmmm...
**
ya ALLAH..
dalam ingat aku alpa
dalam aku menelik aku lupa
dalam aku menilai aku tidak bersengkang mata
dalam aku meneliti aku hilang punca
hidup ini sungguh diindahi dengan pelbagai warna
yang melindung dan melakar seribu makna
cerahnya aku lihat terkadang
rabunnya aku lihat terkadang
samarnya aku lihat terkadang
butanya aku lihat terkadang
sebenarnya diri hanya sendiri
yang melamar seribu rahsa
mengupas erti mencari inti
dalam cahaya mencari tak jumpa
dalam gelap mencari teraba-raba
lalu di mana
ya ALLAH
katanya ia ada dalam diri
katanya terlalu dekat ia dengan hati
bezanya hanya sebelah dan seiring dengan diri
hampir sungguh
tapi di mana..
dalam ramai sebenarnya sendiri
masa sendiri benar ia sendiri
walau di mana berada..
datangnya sebagai satu
hidupnya sebagai satu
dan perginya sebagai satu...
habis..
yang keliling itu...
hanyalah hiasan pentas ini..
ermmm...
mengangguk-angguk sendiri
**
masih mencari zat rahsia yang katanya tersembunyi
~ adioz
16.10.07
PHSMII .. hidup
dah dah dah.. abih bab nak mereben neh.. aku dah keje aaa.. dah 2 hari kat opis ni.. asik melalut je.. walaupun patutnya aku tak membuang masa.. dan concentrate kat thesis aku yg dah ala2 roti kerai a.k.a roti jala.. hwahwahwa.. tapi tahap kemalasan semakin berlapis2 tebalnya..
so.. apa yg baguz sangat PHSMII ni di mata aku.. erm.. aku ni duduk kat kampung.. berasal dari tempat yang dulunya amalan ILMU ni serasi dalam darah daging urat nadi.. tiap apa juga dibuat nak dibuat nak dilakukan.. semuanya.. beradab sopan seperti sepatutnya.. amalam syirik eh? .. aku tak nafikan.. ada waktunya.. pengamal yg keterlaluan..
so sebagai generasi baru.. aku tahu.. apa yang patut aku tahu.. aku tahu apa yg boleh dibuat.. setakat mana boleh dibuat dan beramal dengannya.. aku tahu sekadar mana dendam boleh membawa musibah ke akhir hayat.. dan generasi baru ni.. aku amat bersyukur.. kerana agama semakin dititik beratkan.. semakin kami dapat membezakan apa yg baik dan apa yang mungkar.. apa janji dan musibah pada mungkir.. apa amal sepatutnya dalam amalam.. melihat dunia dari alam yg berbeza.. melihat yg terlindung dalam yg bersalut... sigh!!!!
cuma hari ini.. dalam ILMU itu bening.. hidup aku pula dicabar.. rasa macam nak aku amalkan apa yang aku tahu.. supaya 'dia' tahu.. supaya 'mereka' tahu.. dengan siapa sebenarnya mereka berhadapan.. nak aku lihat.. biar melutut di kaki ini.. dengan mata yang terkulai.. apa rasanya bila hidup diranapkan.. harapan dihancurkan.. bila diperlakukan macam tak ada nilai.. bukan hanya aku.. tapi keluarga aku.. hingga ke anak-anak aku.. memang manusia-manusia tu semua BINATANG.. yg bertopeng.. hipokrit dan berpura-pura...
tapi dalam diri aku.. semakin hari makin banyak yang aku pelajari dan yakini. sungguh ALLAH itu maha kaya, amat pemurah dan mengetahui tiap apa jua yang terdetik dalam hati tiap hambanya.. dengan pegangan ini.. hati aku tidak hanyut jauh seperti MERIAM.. dan tidak waras aku masih terbendung.. tapi aku harap.. aku merayu.. dan aku memohon.. tolong jangan cuba untuk menipis sabar aku.. hingga aku hilang pertimbangan kerana musibahnya.. bukan hanya pada yg meminta.. tapi juga memakan diri aku sendiri..
dan berbalik pada PHSMII.. bagai mengulang silam yang pernah berlaku.. keseluruhannya aku memahami.. penyampaian yg baik dan tafsiran yang berlapis-lapis.. dan teknologi terkini telah membuatkan ianya lebih baik dari PHSM.. lepas ni.. mmg aku kena g carik aa DVD ori..
ya ALLAH.. plz do not let the other side of me comes ALIVE
20.7.07
awan BERGUMPAL RIBUT bersenandung
mencari erti dalam sendu jiwa yang mati
mencari realiti dalam hujanan mimpi yg tak sudah
awan bergumpal berarak
menutup mata dalam pandangan yang semakin berselerak
ribut bersenandung
melagu rindu yang semakin payah
merintih hati...
karam diri dalam bayangan silam
lemas sendiri...
dihimpit dendangan ingauan semalam
menapak aku.. satu.. satu
menapak lagi... satu.. dua
menjerit aku.... sepi..
hati MERAUNG.. di mana
BINGUNG... terjerut
... TOLONG... makin sayup
tolonglah aku.. terkulai
lemah..
longlai..
terjelepuk..
satu jasad ditengah persimpangan
mana SEMANGAT itu lari..
mengapa JIWA itu mati..
sedu sedan kian melagu
dalam irama awan yang bergumpal
rintik hujan menyahut
sayup... gema RIBUT yang mula bersenandung..
tap.. tap.. tap...
hujan mula menitis..
menjadi penyambung
langit dan bumi yg tak pernah bertembung...
intan
20 Jul 2007
19.7.07
banyak soklan dia tanya aku.. tp aku rasa sumer soklan tu.. seolah mempermain.. atau dipermainkan.. dalam keadaaan gelak dan sengih yang dirancang.. dan aku lak menggagap sumer member2 aku cam yg ada kat keliling aku.. kat sini pada kitaorang.. study tu bukan la sumthing yg pelik.. sumer member keliling aku study.. malah dah ada yang buat PHD .. tp jawatan yang disandang .. cuma level jr executive.. jawatan diploma.. erm.. betapa la 'naive' nye aku neh..
so aku harap le.. sapa yg baca apa aku tulis ni.. tolong jgn anggap aku ni macam tu.. pada aku.. aku pun tengah belaja lagi..
... kata my research 'GURU'.. ILMU tu.. selagi kita cari.. selagi tu rasa lg tak pandai.. lagi kita mendalami.. kita seharusnya lg merasa kerdil.. tp.. bila kita ada ILMU.. share.. jgn simpan. ILMU ni bukan macam harta.. yg bila kita 'belanja' makin kurang... tp ILMU yg kita 'belanja' akan makin bertambah.. orang berilmu.. usianya panjang.. kerana tintanya melampaui generasi ...kita buat research .. untuk kita share ILMU.. samada ILMU dari 'finding' yg kita dapat.. dan juga ILMU untuk buat 'research' tu sendiri..
tapi kan.. aku cuma boleh cuba untuk mengubat hati sendiri.. tiap orang ada pendapat sendiri.. jadinya.. kalaw ada yg dh terror ngan research ni.. leh aa share (kalaw sudi).. dan kalaw ada sapa2 yg baru nak mula.. leh aa nak tanya aku.. skit2 .. aku leh le try explain.. (sbb aku pn tak pandai lg... huhuhu...)
mula aku ingat nak update pasal thesis aku.. cam ne thesis aku dh kena cincang cam daging yg dh leh wat rendang.. uhuks.. tp .. sbb ada keysah x menarik ni... lein kali aa aku citer..
~ aku yg shedey dlm keshengalan.. :(
2.7.07
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang cantik itu budi
yang indah itu bahasa
budi bahasa amalan mulia.. diperjuangkan kementerian kebudayaan kesenian dan warisan.. atas alasan amalan masyarakat hari ini .. hidup yang kasar, yang langgar bahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab.. memang betul le tu.. kalaw udah keje kat sektor perkhidmatan.. erm.. mmg tu la salah satu sebab naper orang bayo gaji pun... selain daripada kerja-kerja yang selainnya..
kat mana perlaksanaan amalan ini..? kementerian menggariskan.. kat institusi keluarga, institusi masyarakat, institusi pembelajaran dan institusi perkhidmatan.. terpikir jugak kadang-kadang.. sejauh mana amalan ini meresap dalam kehidupan masyarakat kita? erm...
institusi keluarga
tak payah tengok jauh.. anak aku sudah.. dalam banyak-banyak waktu.. mudah aku nak melentur.. tp bila dah lama sikit ke sekolah.. dalam keadaan penat.. mulalah.. cakap main ikut sedap mulut je..
tapi selalunya ... aku tak marah time-time tu jugak.. cuma pada waktu yang lain.. aku tanya dia balik.. naper dia cakap macam tu dengan aku.. dia biasanya cuma akan diam.. mungkin gak sebab dia tahu.. tu salah dia.. aku nak marah.. erm.. aku cuma boleh nak marah.. tp sejauh mana dia leh sedar dan tahu.. apa yang dia patut buat dan apa yang tak patut buat...
nak membesarkan anak.. mungkin la tak payah sangat... tp bila nak memberi pelajaran pada anak-anak.. terutamanya nak menyedarkan mereka tentang nilai.. bukan satu benda yang mudah.. sebab kita sendiri kena tahu dan faham.. apakah nilai itu.. baru boleh kita nak mengajarkan nilai itu juga pada anak-anak.. tak mudah kan..? erm.. memang tak mudah...
institusi masyarakat
16 jun baru-baru ni.. aku nak mengantaw mak aku g kursus haji.. dalam perjalanan.. memang kena lalu.. pekan kecik.. memandangkan sekarang ni memang waktu tengah upgrade jalan.. adeh.. keadaan jadi sungguh la tak selesa.. kena lak.. ramai kaum cina yg duduk kat area situ.. diaorang bela anjing.. tp anjing tu dibiarkan berkeliaran cam gitu je.. kalaw kecik tak pa gak.. ni ketinggian sekor2.. mau dekat 2 kaki.. kalu aku terhentam ngan keta TIN MELO aku tu.. maw nye beratus gak nak repair..
dan hari tu.. mmg ada 3 ekor anjing main2 kat bahu jalan.. aku tengok meter 60km/h.. aku brekkan lagi.. ke 40km/h.. tambah lak.. cam ada gaya yang sekor tu akan berlari ke jalan.. dan memang pun elok aku sampai ke.. dia berlari ke tengah jalan dan berpatah balik.. kelam kabut aku brek.. sempat aku tengok kat cermin..... erm... abihla aku kali ni...
DUM!!! satu wira dah hentam keta aku.. ALLAHUAKBAR.. mak aku menjerit kuat.. anak aku kat depan dah menangis.. terkejut.. aku perlahankan keta dan berhenti di bahu jalan.. pemandu WIRA tu.. pompuan.. keluaw bukan main lagi dari keta.. bercekak pinggang.. dia seranahnya aku.. aku cuma diam.. dalam hati.. 'erm.. leh tahan gak minah ni...'
'yang kak berenti keta cam gitu wat aper? tak bagi signal apa pun.. nak berenti tu bagi la signal dulu...' lengan baju dah sinting ke lengan... adeh!! aku lak yang salah.. padahal aku tengok dia bawak keta laju.. agaknya dh lambat nak g keje.. berkhayal kot.. sampai aku brek 2 kali pun dia tak prasan..
orang ramai dah berkerumun.. aku diam gak lagi.. dia masih sambung marah2.. menyumpah tu tak payah citer aaa... dia call bapak dia.. sama gak.. merengek cam budak2.. last dia tanya aku... nak wat cam ne ni...? erm... malaih aku nak cakap lebih2.. 'report balai..' yang datang berkerumun tu masing2 tersenyum2.. dan ada yang sebut..' harap muka saja lawa..' dan ada yang sebut lagi.. 'ntah sapa la nak amik wat bini kalau prangai cam gitu..' .. dan 'uih mulut.. mak bapak tak penah ajaq kot..' dan macam2 lagi yang aku dh malaih nak recall.. tp dalam waktu tu.. aku sempat gak tersenyum.. memang pun.. nama lawa.. NAZIRA.. muka cantik.. tapi.. tak berbahasa langsung..
ingatkan dah abih kat situ.. lepas tu bapak dia lak call aku.. adeh!! ingatkan bapak dia ok la kan.. orang tua la kata pun.. banyak makan garam.. tapi sama gak rupanya.. patutla anak cam tu.. rupanya.. bapak pun macam tu.. adeh!!! cam ne le anak2 nak paham nilai budi bahasa... kalau dah bapak pun 10 kali ganda tak berbudi dan tak berbahasa...
institusi pembelajaran
aku keje part time jadi tutor kat IPTS.. mengajaw 'adult' memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.. nak marah cam budak2.. nanti dia cakap.. ey..! kami lagi dulu makan garam dari puan taw.. waaa.. dia lak 'smash' kita tu...
apa yang berlaku.. kelas pukul 8. aku sampai 7.55. 8.15 kelas baru nak penuh. bila aku mula mengajaw dulu.. ada yg cakap tak paham.. nak paham mender kalaw dh 3/4 chapter aku cover baru nak masuk kelas. bila kuiz.. aku cakap.. tak yah aaa nak meniru.. bukan budak2 lagi... tp depan2 aku.. selamba je angkat nota .. salin je dari nota... amboi.. 'LESS LESSON' tul.. yang heran tu.. yg wat perangai cam tu.. student yg CGPA 4.00 3 sem berturut2.. adeh.. cam ne tu.. yang sudent lain2.. denga cakap pun.. walaupun masing2 ... ber 'psttt...' kat belakang aku... hehehe..
ooo... cam ni rupanya perangai mak bapak budak... bila masuk skolah balik.. kalau pada anak2.. leh nasihat lak.. jangan meniru le.. tak baik le.. tipu diri sendiri ler... erm.. jadi untuk 2nd kuiz.. aku wat soklan lain.. open book.. wak keluaw semua nota.. ke apa ka.. bawak la... sbb tak satu pun jawapan ada lam tu...
at last aku dapat sms ugut dari student.. 'nak tampaw aku lam kelas..' wooooo... bagusnye.. at last aku taw gak... rupanya sms tu bukan untuk aku.. tapi student tu mmg dari kelas aku...
institusi perkhidmatan
well.. aku keje ngan sektor perkhidmatan.. sebelum masuk gomen.. aku keje ngan private.. dulu masa mula2 keje private.. kena orentasi.. kena blajaw cam ne nak jawap tipon.. dan serba-serbi benda.. aku penah tanya HR manager tu.. kalaw dh diri kita tak patut berada dalam keadaan senyum.. wat pe nak susahkan diri senyum.. cam tak ikhlas le plak.. erm.. HR manager jawab senang je.. pertama.. salah satu tugas u all kat opis ni.. ialah berbudi bahasa.. kalaw tak reti nak berbudi bahasa.. tak yah keje.. dan kalau nak sembang bab meng'halal'kan rezeki.. do it.. because it is part of ur job.. u all dibayar gaji.. to be nice.. yang kedua.. apa u all dapat kalaw buat musuh ngan orang? sakit ati je.. industri ni kecik je.. pusing2 nampak muka yg sama je.. aku selamat gak menjalani orentasi tu.. dalam keadaan air mata tumpah berbaldi2.. huhuhu...
tp memang pun.. setelah 8 tahun keje private.. dia dh jadi serasi dalam hidup hari2.. dan aku akui.. lagi aku jumpa orang yg suka marah2 ngan aku.. lg aku nak menghampiri.. saja nak tengok.. dan kata2 HR manager tu betul.. daripada hg wat musuh ngan owang keliling.. baik wat kawan.. senang hidup.. senang nak wat keje.. huhuhu..
salah satu keje aku.. memastikan kontraktor 'deliver' apa yg ada lam kontrak.. dan payment dibuat ikut terma dan syarat.. apa yg berlaku dengan satu company ni.. erm.. aku hold payment.. sbb diaorang tak 'deliver' benda yg patut deliver.. jdnya.. aku cakap ngan boz.. selagi aku tak dapat semua yg ada lam kontrak.. aku tak akan release payment.. walaupun sampai taun depan..
minah yg keje kat co tu.. menjalankan keje dia .. tiap2 minggu tipon aku.. dan aku jawab benda yg sama.. tp apa yg dia buat.. dia cam nak salahkan aku lak sbb tak release.. aku tanya dia.. check dak contract.. dia cakap.. dh tengok dari kulit ke kulit.. dan aku tanya.. untuk term para xx.xx ni.. apsal tak comply.. dan leh dia jawab.. 'eh!.. ada ka..?' mangkuk sungguh... abih tu sebenawnye.. dia taw ke apa dia cakap tu..
lastly aku dapat gak apa yg ada lam kontrak tu.. walaupun tak complete.. cam ampeh je.. then dia mintak orang lain call.. tanya pasal another payment.. aku cakap le.. aku dh proceed ke department yg terlibat.. dan aku tak leh nak control kalu depa lambat.. berayat-ayat juga aku menerangkan.. walau dalam hati aku dh menyumpah 40 bakul.. lastly.. aku tanya.. dh dapat payment hari tu... then minah tu cakap.. 'dah'.. ohooooooo... ni la time aku..
'erm.. saya taw la keje u all untuk check payment.. tapi cumanya.. tak boleh ke inform saya.. kalaw payment dah received.. u all don't even care to say thank u.. erm.. mungkin ni la kot etikanya.. staff yang keje kat company besar2.. dan company tu pulak listed kat second board.. saya tak kisah kalau u all nak call saya 8 kali sehari tanya payment.. tp untuk ucap terima kasih tu.. payah sangat ke..? dan saya rasa..ucapan tu bukan sekadar mempamirkan cam ne syarikat u all.. tp juga.. mempamirkan dengan jelas.. budi bahasa dan peribadi u all sendiri sebagai insan..
memang kan.. budi bahasa budaya kita.. tataw sejauh mana penghayatannya.. erm.. dan diri aku sendiri pun... masih jauh dari sempurna... sigh!!!
12.6.07
semakin hari menginjak USIA
detik demi detik menghambat.. tiap tahun.. hari jadi kita raikan.. selalu diungkap ..'moga panjang umur..' erm.. moga panjang umo eh... tp dalam masa yang sama .. umo kita makin diskaun.. masa kiamat diri semakin hampir.. dan kita pulak meraikan 'selamat panjang umo...' tak ke pelik...
wa.. pepagi bercerita pasal umo.. sebanawnye tertarik dengan big boz aku neh.. dia selalu mention .. apabila umo kita makin bertambah.. kemahuan kita dalam melaksanakan sesuatu juga akan berubah.. walaupun kita dalam bahagian teknikal.. ye la.. time mudo2 ni boleh aa nak terkejaw ke sana ke sini kalau ada problem.. tp bila usia dh meningkat.. mungkin nak g mengadap site pun cam malas je... ermmm... yang part ni aku setuju...
jadi apa yang boleh kita buat... diri sendiri tu kena improve sentiasa.. tingkatkan ilmu dalam dada.. kalau perlu kejar academic qualification.. maka g cari.. jangan tunggu terperuk je kat sini.. erm.. walaupun pada aku ... tak mudah sebenawnye nak buat semua benda serentak at one time.. mesti tak balance nye lak.. sbb tiap satunya memerlukan perhatian dari diri..
dan bila pangkat makin tinggi.. skill yang kita perlu juga dah jadi macam2.. daripada cuma mengurus diri sendiri.. terpaksa mengurus 'paperwork' yang makin bertimbun... lepas tu lak menguruskan orang yang ntah apa2 perangai.. dan dalam masa yang sama kena gak tengok.. apa teknologi yang berkaitan.. dan juga perkembangan semasa lain yang berkait..
waaa... bunyi cam dah bizi gilos... uhuks.. ye la.. umo kita ni terhad.. banyak tuntutan hidup yang perlu dipenuhi... suka tak suka pun.. dan semakin umo meningkat juga... amalan perlu ditingkatkan... lagi banyak cabaran yang menghalang jalan.. ada yang datang beriring.. ada yang datang melintang.. ada yang datangnya perlu dikendong.. ada yang datangnya.. membawa seribu kepedihan yang tak tertanggung...
memang umo kita meningkat dari hari ke hari.. dan umo kita juga diskaun dari hati ke hari.. selagi ada nyawa.. hari lahir akan datang lagi... dan orang akan tetap ucapkan.. 'selamat hari lahir.. moga panjang umo.. murah rezeki..' erm... sebenarnya.. panjangkan umo dengan amalan.. sebab mati itu.. bukanlah penamat bagi satu kehidupan.. tapi ia adalah salinan alam.. pada diri untuk satu perjalanan yang panjang...
~ ALLAH.. ampunkan apa yang aku lupa..
4.6.07
nota kuliah AQIDAH
Surah al-ahzab ayat 36
Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai ALLAH dan rasulNYA, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”
semakin aku mendengar satu persatu kupasan ayat dari kelas tafsir atau kelas AQIDAH.. semakin aku rasakan.. apa yang aku buat ni betul.. walaupun dengannya.. amat tersiksa jiwa ni.. dan amat amat menyakitkan..
~ sungguh ALLAH mengetahui apa yang tidak aku ketahui..