Showing posts with label ...... Show all posts
Showing posts with label ...... Show all posts

8.10.07

peksa peksa peksa

erm... antara hari2 yang tak menarik.. bukan sebab tak de keje.. keje berlambak-lambak.. cumanya hati aku dan fokus aku ntah ke mana2 merayau.. adeh... agaknya ni la jadinya ngan penangan peksa hari tu...

peksa

memang tak besh.. mmg aku dah agak.. sure terkeledat nye.. aku kena gelak dengan geng2 aku sendiri.. sebabnya.. aku bawak dictionary masuk dewan exam.. aku pun heran aa.. nape diaorang nak gelakkan aku.. even aku masuk exam postgrad pun aku bawak jugak. aku taw le kelemahan aku ngan english neh.. grammer ngan spelling.. walaupun dah hampir setengah abad blajaw english pun.. masih cam gitu gak ketahap ketidak'ok'an english aku.. tak pe aa.. agaknye diaorang sumer teror2 kot.. tu pasal aa diaorang gelakkan aku..

first tu.. kena wat essay.. dia kasi 2 soklan.. aku amik 2ndQ. supo ampesh layi.. adhe..!!! menjawab dalam 3 mukasurat saiz A4. fenat gak.. 1 hour.. ntah apa aku jawab pun tataw. mmg tak sesia aku bawak dictionary.. banyak gak perkataan aku tataw nak eja... aku tengok orang lain steady je.. aku je yg gelabah 'geydeh'.. ermm

bila dh abih keysah essay.. kena presentation lak.. masuk skali sorang. ada 2 org lecturer english. dia kasik soklan on d spot.. nasib le kena soklan apa. 3 min prepare 5 min present.. udah le gelabah yg awai tadi pn tak settle layi.. tambah lak lg satu gelabah.. dah le gitu.. cari attendance sheet tak jumpa.. dok selongkaq p mai p mai.. dah ilang 3 min.. bila dah jumpa soklan yg diaorang bg kat aku lak.. tak sama dengan diaorang nye reference.. pot pet pot pet.. dah ilang lg 3 min.. dok introduce lak.. ilang lg 3 min.. then baru dapat prepare 3 min.. and present 5 min. tumtamtumtam.. kat 15 min aku kat dalam bilik tu.. orang lain baru 10 min..

paling tak besh layi bila dapat taw dalam tu ada calon peberet.. hwahwahwa.. shedey.. huhuhu.. payah aa cam gini.. dulu masa personality test tu.. ada dalam 480.. untuk english test ni.. 84.. dan dari sumer neh.. silapnya 15 org je kot yg dapat g interview... dan nak amik.. 2 org ke kot... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! shedey wooo... tak pe aaa.. aku terima je aa kalu bukan rezeki aku.. nak kata apa layi..

peksa jugak

dalam minggu tu jugak anak aku exam KAFA.. 8 subject sumer.. sepanjang minggu. tataw aaa.. dia pun aku tengok tension je.. ada setengah subject tu dia cakap payah sangat.. adeh..

peksa lagi

dan hari ni dapat lagi slip untuk another exam.. 30 oct ni. yg besh tu waktu dia sama je ngan VIVA aku.. so aku ingat nak g faculty minta tukaw time.. awalkan aku nye presentation.. tu untuk 1st paper. 2nd paper lak pada 15 nov.. adeh.

tataw aaa.. mengingatkan kekalutan neh.. aku nk balik dulu aa..

take care all.

~outzzzz ~

9.8.07

untuk APA

terjengkek-jengkek aku di celah orang yang semakin padat. dengan ketinggian aku, berada dicelah-celah orang ramai amat menyesakkan. ‘ish! mana abang aku neh?’, aku dah mula nak membebel dalam hati. ye la .. kalau aku membebel betul-betul, ada lak yang menganggap aku ni tak betul pulak. akhirnya aku tengok ada tempat duduk di sudut yang agak jauh. seorang amoi dah bangun. agaknya bas yang ditunggu dah tiba. alhamdulillah. dapat juga aku merehatkan kaki yang dah mula terasa sengal.

seronok juga rupanya memerhati orang lalu lalang. patutla ada orang yang suka melepak sampai berjam-jam. agaknya mereka ni sedang mengkaji gelagat manusia. aku hanya mampu tersenyum kecil.

‘ramai betul orang malam ni’, bisik hati kecil aku lagi. selalu tu tak ada la pulak sampai padat macam ni. nak kata hujung bulan pun tak la juga. tentu masing-masing ada hala tuju sendiri. ‘ish! mana abang aku ni?’, bebel hati aku lagi. dalam aku bergelut dengan bebelan yang semakin menegangkan urat tension, aku terpandang sorang gadis. berbaju kurung merah hitam. kasut tinggi 2”. gaya kasut yang aku suka. tudung juga warna merah. beg tangan warna hitam. satu ‘duffle’ bag dikelek bersama. ‘erm.. tak ke payah nak naik bas dengan kasut tinggi cam gini’, bisik hati aku lagi. ‘woo ooo ooo.. yang aku nak sibuk-sibuk apa hal..’, cepat-cepat aku ingatkan diri.

aliran orang ramai makin bertali. bas akhir malam ni mula menghampiri. tiba-tiba aku terlihat satu kelibat. ‘eh! takkan la’, kata hati aku. tapi memang betul sangkaan aku. ‘apa pulak dia buat kat sini’. terus aku bangun menghampiri.

‘assalamualaikum imam’, aku menyapa.

‘waalaikumussalam, hah! buat apa kat sini malam-malam ni?’, terkejut jugak muka dia tengok aku.

‘hantar abang ‘, aku jawab ringkas.

‘mana dia? lama betul tak nampak?’, tanya imam lagi.

‘entah la. kata nak ke tandas. tapi dah 15 min saya tunggu tak nampak pun mana kelibat dia’

‘lama tak nampak kat kelas?’, tanya imam.

‘sekarang ni susah sikit imam. tengahari saya uruskan hal anak-anak. kerja pun dah semakin bertambah banyak sejak projek rmk-9 masuk’, imam hanya mengangguk.

‘mengaji dah habis?’, tersentak kejap aku.

‘belum lagi imam. tengah mengadap thesis’.

‘dah ‘defense’?’ aku mengangguk lesu. memang dah 3 semester aku tangguh.

‘teruk kena?’, tanya imam lagi. ‘tak juga’, aku dah mula tak selesa. tentu imam akan banyak tanya lagi.

dia sebenarnya pensyarah aku sejak dari ‘first degree’. sekarang ni dah professor madya. dalam masa yang sama, dia adalah imam di khariah di mana dia tinggal. masa kali pertama aku defense thesis, memang dia panel aku. teruk aku kena masa tu. aku masuk kelas tafsir imam seminggu sekali. oleh kerana kelas tu waktu tengahari.. aku dah ada masalah sebab sekarang ni tengahari aku nak uruskan anak-anak aku balik sekolah dan hantar ke kelas kafa petang atau lain-lain aktiviti sekolah.

‘imam ada apa malam-malam kat sini?’, aku cuba menukar tajuk perbualan.

‘hantar anak saya. ada nampak sorang budak perempuan tudung merah?’, tanya imam sambil mata dia meliar mencari.

cepat aku teringat. ‘yang berbaju kurung merah hitam tu ke?’

‘haaa! betul la tu, tadi dia jalan dengan mak dia’, rupanya dia anak imam.

‘tadi dia naik bas kat belakang tu, tapi tak nampak pulak dengan mak dia’

dalam pada tu, anak gadis imam menyusup keluar entah dari mana dengan mak dia. imam pun memperkenalkan. dalam hati, segannya aku. mana taknya, aku dengan jeans lusuh. hujung seluar pun dah berbulu sebab benang dah berapa lama tertanggal. baju pulak, sekadar menyarung kemeja lama, sama lusuh dengan jeans yang aku pakai. tapi tak beradab la pulak kalau aku tinggalkan mereka cam gitu je.

mula aku bersalam dengan isteri imam. berbalas kata sepatah dua. dan kemudian beralih kepada anaknya. melihat pada wajah anaknya, aku terpaku. satu badan aku seolah disimbah ais, sejuk dan hampir menggigil.
ayu wajahnya
manis senyumnya
sopan santunnya
lembut pula tutur kata
seakan lemah longlai seluruh tubuh aku.
ayu wajah yang tak pernah aku tatap
manis senyum yang tak pernah aku lihat
lembut pandangan mata yang tak pernah bertembung dengan mataku
segalanya semakin menghantui. tiba-tiba abang aku muncul dari belakang. cepat aku berpaut pada bahu sebab aku terasa hilang imbangan badan. abang mula bersembang dengan imam, tapi aku dah tak tahu apa butir perbualan. pada anak dan isteri imam aku hanya mampu tersenyum dan melarikan pandangan.

cepat aku tarik abang aku ke tepi. aku cakap nak balik. dah mengantuk. lagipun esok keje. alasan yang ringkas. tangan abang aku capai, aku salam dan aku kucup. pantas aku berlalu ke kereta tanpa berpaling. dalam fikiran aku hati semakin berselerak. mengapa mesti segalanya datang sekelip mata. mengapa semuanya menerjah semula dalam fikiran.

perjalanan ke rumah terasa semakin jauh
anak imam
wajahnya
senyumnya
sopan santunnya
lembut tutur
katanya
membawa peribadi ayah yang berwibawa

lalu terngiang dalam fikiran
dia anak imam
kawan yang kenalkan
tapi mengapa
kata hati aku yang semakin meronta
walau aku sedar mana
kedudukan aku
tapi masih juga hati aku bertanya
apa salah aku sebenarnya
laju aku memandu.
tak tahu macam mana boleh terjadi
memang bukan salah hani
memang diri ini yang bersalah..
masih terngiang segar dalam ingatan
hani tak pernah bersalah apa-apa
semuanya seolah berlaku begitu cepat

ingatan itu masih menerjah
habis tu.. semua yang berubah ini kerana dia
dalam lemah, dia mengangguk.. dan seolah semua semangat aku hilang
dan kerana dia
telefon tak berangkat
pesanan tak berbalas
paras dah berubah
mana pendirian selama hari ini
kata hati tak mungkin dipaksa
kata hati tak mungkin mengikut kehendak serata
tapi mengapa sekarang hati berubah
mengapa mudah sangat pegangan jadi goyah
masih jelas hujah yang aku benamkan. hujah yang lama aku simpan dan hanya itulah sekali dapat aku berhadapan.
mana kata hati
percaya pada diri
mencari impian mengejar realiti
sedang membisu pula
menjadi jawapan seribu tanda tanya

apa guna
berkata rindu
apa guna mengucap sayang
kalau setia itu tak pernah ada..
gelap malam aku redah dengan seribu kepayahan
malam yang kelam semakin dingin
seolah petir sabung menyabung
seolah rebut mula bersenandung
seolah hujan lebat membasahi
walau di luar sana
hakikatnya malam amat indah
hanya diriku sebenarnya
yang bergelut dengan perasaan
air mata berjurai membasahi pipi.
mengapa segalanya harus bermula
dan segalanya harus berakhir.
mengapa perlu adanya janji
dan akhirnya janji itu yang dimungkir.
ataukah cuma kata yang lahir
tapi aku pula menganggap ianya janji yang terikat.
aku tiba di rumah dalam keadaan seluruh badan yang menggeletar. masih tak pernah menyangka, setelah sekian lama.. perasaan itu masih ada. longlai aku ke ruang tamu. termenung dalam gelap. mana silapnya? persoalan yang sering menerjah dalam kotak fikiran ini. akhirnya aku beralih. menyalin pakaian dan tunaikan kewajipan. lama aku berteleku mencari kedamaian dan ketenangan hati. ya allah! berikan aku kekuatan..

wahai malam!
cepatlah berakhir dan bawalah mimpi aku ini pergi.
wahai siang!
cepatlah bertandang supaya aku boleh kembali pada duniaku.
wahai hati!
percayalah pada diri bertapaklah pada hakiki

akhirnya aku terlena.. dalam esak tangis peneman setia..