Showing posts with label bisikan. Show all posts
Showing posts with label bisikan. Show all posts

16.8.07

FERINGHI.. impian 2 februari


kita pernah ke feringhi

kata dirimu
.. best kan kat sini
.. kalau boleh bina rumah rehat sendiri
.. tangga belakang
.. tangga menganjur ke laut

ye ke best?
.. kalau datang ribut
.. kalau datang tsunami
.. sungguh ke tak takut
.. atau cuma waktu ni he
.. sekadar menjadi penyedap sebut

sekadar menduga

apa mungkin jawapannya

erm.. senyuman terukir di bibir
.. kalau takut dilanda badai
.. jangan berumah di tepi pantai

ooo.. benarkah begitu?
.. ingin melihat sejauh mana hatimu
.. menentang badai
.. menyonsang waktu
.. atau hanya di sini
.. kata itu termeteri

sayang
.. cuba lihat di sana
.. garangnya perwira
.. meniti ombak
.. akulah raja
.. di daerah ini aku bertahta

aku berpaling sekilas kata
.. eh .. mana ada perwira

dalam senyum
.. bukankah aku raja
.. lihat gaya aku meniti ombak

aku tersenyum
.. rupanya biawak punya cerita

terlerai ketawa mengisi suasana
alangkah indah
petang berlalu seolah tiada duka

dalam perjalanan pulang
.. sayang.. lihat rumah sedang di bina
.. mampukah kita miliki teratak begini

dalam redup mata menyosong
.. mengapa tinggi benar impianmu
.. tahu benar kita tak berupaya

lalu hujah ditelah
.. apa salahnya kita berangan-angan
.. ada kalam kata pendeta
.. impian terlaksana dan angan-angan itulah pencetusnya..

keluhan kecil dihela
.. pandangan matamu saja
.. hatiku merewang tanpa kata
.. senyum manismu
.. aku terpaku tanpa suara
.. melihat dirimu
.. kau jadi teman aku melayar mimpi
.. tapi impianmu
.. kata-katamu
.. terkadang buat aku bimbang
.. anganmu buat aku walang

senyap seketika
.. hanya sekadar mengayam mimpi
.. ingin hati melayar kehidupan
.. hanya denganmu putera hatiku
.. salahkah?

ruang diulit sunyi
dan hanya lirik mata sebagai jawapan..

hari minggu berkutnya
bila dering telefon membisu tanpa jawapan
hati tertanya mana gerangan

setengah jam berlalu
dan telefon berdering balas

.. mencari?

.. ya .. mana pergi? berkali-kali mencari

.. tak ke mana?
.. cuma datang melihat tapak
.. di mana teratak impian nak kita bina

.. eh! melihat tapak.. membina teratak?

.. erm.. baru tinggal sudah lupa
.. kata tak takut dilambung badai
.. dan kita berumah di tepi pantai

.. oo.. sudah pandai berbicara
.. cakap saja apa yang nyata

hilai tawa kecil mengiringi hujung nada
dah pandai menyakat menghidup suasana

.. tak ada la..
.. cuma ke feringhi
.. menyukat tanah di belakang sini
.. ingin membina istana terapung
.. buatmu kesayanganku
.. permaisuri hatiku..

hari berlalu dan musim berganti
diri berubah
hati berubah
segalanya tidak lagi sama

15 september
meyusur kembali deseran di sini
terngiang suara dan hilaian ketawa
terlohong jiwa menyongsong silam
biar hatiku masih angkuh
namun nyata di mata.. harus terima
destinasi diri sudah berbeza

kau yang bertahta dalam jiwa
kau yang bersemayam dalam rasa
kau yang menghibur kala duka
kau yang menenang kala hiba
kau yang menemani kala sunyi
banyangmu kini
hanyalah mimpi….

sorotan silam ini
terus menyanyi dalam alunan rindu
membuai mimpi yang telah tiada
membuai impian yang telah berkecai..

ombak menyapa pantai
bayu laut berpuput lembut
petang makin redup
dan pandangan semakin sayup..

intan
feringhi
15 september 2006

2.8.07

SEMPURNA


biar tak sempurna pada mata yang melihat
tetapi berupaya menyempurnakan fungsi kejadian

20.7.07

awan BERGUMPAL RIBUT bersenandung


mencari erti dalam sendu jiwa yang mati
mencari realiti dalam hujanan mimpi yg tak sudah

awan bergumpal berarak
menutup mata dalam pandangan yang semakin berselerak
ribut bersenandung
melagu rindu yang semakin payah

merintih hati...
karam diri dalam bayangan silam
lemas sendiri...
dihimpit dendangan ingauan semalam

menapak aku.. satu.. satu
menapak lagi... satu.. dua

menjerit aku.... sepi..
hati MERAUNG.. di mana
BINGUNG... terjerut
... TOLONG... makin sayup
tolonglah aku.. terkulai

lemah..
longlai..
terjelepuk..
satu jasad ditengah persimpangan
mana SEMANGAT itu lari..
mengapa JIWA itu mati..

sedu sedan kian melagu
dalam irama awan yang bergumpal
rintik hujan menyahut
sayup... gema RIBUT yang mula bersenandung..

tap.. tap.. tap...
hujan mula menitis..
menjadi penyambung
langit dan bumi yg tak pernah bertembung...

intan
20 Jul 2007

18.7.07

KABUS pagi



dalam kedinginan pagi..
kabus menyelubungi kedatangan hari yang INDAH


dan MATAHARI menyunting senyum
di sebalik tabir KABUS yang berbalam

intan
3 rejab 1428

4.6.07

UNTUKMU sayang

sayang..
wajahmu.. tak pernah ibu tatap
suaramu.. tak pernah ibu dengar
lembut kulitmu.. tak pernah ibu rasai..

sayang..
hadirmu cuma seketika ..
melewati hidup ini hanya sedetik waktu..
sungguh dunia ini tak pernah berjanji
untuk menjadi pentas untukmu
melakar sejarah melayar hidup

namun ibu sentiasa rindu
mengharapkan tangan ini dapat merasai
lembutnya kulitmu dibelai
mengharapkan telinga ini dapat mendengar
lunaknya suara tangis mu
memecah suramnya gelita malam
mengharapkan mata ini melihat
raut wajah yang menjadi mimpi
mengisi ruang kosongnya hati

sentiasa hati ini rindu
biar ianya telah lama berlalu
sentiasa hati ini rindu
biar ibu tahu.. tak mungkin ibu bersamamu..

intan 4.6.7

30.5.07

BICARA tentang purnama

purnama itu indah
.. indahnya hanya untuk ditatapi

purnama itu tinggi
.. kerana itu pungguk menyanyi sendiri

purnama itu bercahaya
.. lalu tak terpaling mata darinya

purnama itu sepi
.. bila rindu mengetuk hati

purnama itu sendiri
.. dan dirinya bukan untuk dimiliki

SELAMAT HARI LAHIR
semoga bahagia mengiringi hari
dan ketenangan menemani hati

22.5.07

LAMA mana lagi?

meniti waktu.. meniti hari.. meniti detik yang berlalu
betapa aku mengharapkan..
.. gejolak rasa dalam diri ini semakin reda
.. luka yang dalam semakin sembuh..
tapi.. seolahnya hanya mimpi
.. yang tak pernah berubah menjadi realiti..

ingin aku
menyimpan segala yang berlaku
dalam lipatan kenangan
di satu sudut berkunci
menjadi sejarah yang tidak diulang bacanya...
tapi bagaimana...

andai aku tahu
untuk menyulam luka dalam diri ini...
tentu saja tidak berulang kali
kesilapan demi kesilapan aku lakukan..

nafas semakin berat kuhela
tidak mengurangkan sesak dalam diri yang menghimpit..
mutiara jernih yang mengalir satu persatu
tidak mengurangkan rasa yang makin terpinggir..

masih lagi aku karam
dalam kemelut perasaan sendiri..

bilakah.. segalanya akan berakhir...

intan
220507