Showing posts with label mengongz. Show all posts
Showing posts with label mengongz. Show all posts

11.6.08

meniti hari-hari AKHIR

lamanya aku tak membebel kat blog..

kekonon aku bizi tahap gaban.. sebab tu la aku tak jengok dan jengah kat sini.. apatah lagi nak bermalas-malas sambey minum kopi mcm selalu..

sekarang ni sumer team member aku kat atas.. tengah meeting.. dan aku ada kat depan PC ni.. apa ke hey nye aku kat sini..?

mmg aku tak lagi diundang masuk sumer meeting kat department ni.. besok hari terakhir aku akan masuk pejabat ni secara rasmi. lepas tu aku akan berpindah jabatan dan bertukaw jawatan. sedih eh!!!!

bila terpikir balik.. woo dah 7 tahun 11 bulan rupanya aku kat sini. dah 6 tahun 1 bulan aku bersama unit yang aku duduk sekarang ni. rasa kejap je kalau masa tu kita tak peduli..

selama dalam tempoh tu aku pegang rekod aa sebagai the one and only pompuan dalam unit aku sepanjang tempoh perkhidmatan kat sini. tak senang rupanya nak keje dengan peers yang berlainan jantina.. ramai juga pompuan yang menyuarakan pendapat nak menggantikan aku kat sini.. tapi aku sarankan tak payah. dalam tempoh sepanjang aku keje ni.. mmg aku rasa pompuan tak sesuai dengan 'nature' keje ni.. kalau betul pun nak masuk.. kena la bersedia fizikal dan mental. aku pun rasanya hampir sampai tahap melupuskan diri dari keje sedia ada, kalaupun aku masih dalam jabatan ni..

susah gak nak bayangkan perubahan gaya hidup dan gaya kerja yang baru. aku tak taw sangat sebenawnya apa keje kat sana.. tapi memandangkan pendapatan lebih baik dan ditawarkan mengikut kelulusan sedia ada.. takkan aku nak tolak..

bercerita pasal jawatan baru, dulu aku penah citer kat sini pasal aku g interview untuk jawatan pentadbir dan lagi satu untuk jawatan pensyarah. dalam tempoh tu juga aku dalam saat2 akhir thesis aku. hanya seminggu selepas tu aku dapat taw, nama aku tak de dalam senarai nama penjawat pentadbir baru. untuk jawatan pensyarah, aku dipanggil oleh TNC untuk mengesahkan aku tak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara atas komitmen keluarga sekali gus menggugurkan nama aku dari senarai nama penjawat pensyarah.. dan akhir sekali, aku terlepas tarikh akhir laporan akhir thesis aku..

woo.. terasa dunia berpusing dan berpinaw-pinaw. rasa tergugam dalam hati tak dapat nak dibayangkan dengan kata-kata.

apa salah aku? nak kata result aku teruk.. tak la jugak.. nak kata peruntukan geran tak cukup, geran berlambak tak diisi.. nak kata kurang layak.. aku dah melepasi semua ujian temuduga termasuk ujian personaliti, english oral & writting, ujian pra-temuduga.. aku ada 2 research, dah bentang, dah publish... tapi seolahnya tak dipandang.. aku bersuara dalam temuduga.. tapi mungkin suara aku terlalu tajam, terlalu banyak bertelingkah dan menelingkah isu 'ketelusan'..

itulah kalau sudah rezeki tak berpihak.. betul kan..

aku masuk balik blog aku neh.. aku tengok balik entry aku yang dulu.. apa sebenarnya rasa aku waktu tu.. ada satu ayat yang cukup menyejukkan hingga ke sum-sum..

bukankah aku berdoa, 'ya allah, datangkan padaku apa yang baik untuk aku.'

dan aku pula mendengus dan menggumam bila semuanya tak aku perolehi..

wooo.. kerdil aku rupanya..

cepat benar aku lupa rupanya..

tapi ALLAH itu masih menyayangi. walaupun terlepas tarikh akhir, tapi aku masih dapat selesaikan thesis aku dengan bantuan 'supervisor'. syukur pada ALLAH. dan konvo menyusuri pada MAC 2008 yang lalu.

hanya dalam waktu sebelum konvo, ada iklan jawatan. ada jawatan aku minat tapi punyala tak glamour. pikir balik segala baik dan buruk. hrmmm.. tawakkal je la.. aku hantar borang. lambat 2 hari dari tarikh tutup.

2 minggu selepas tu.. dapat surat pengesahan penerimaan borang...

2 minggu selepas tu lagi.. aku terima tawaran menghadiri temuduga...

2 minggu lepas tu.. aku menghadiri temuduga...

2 minggu lepas tu... aku dapat surat tawaran keje baru...

itulah namanya REZEKI yang telah ALLAH tentukan. aku tak mengharapkan apa-apa dari temuduga tu. mmg aku taw orang tak minat pun nak apply. tapi aku suka...

agaknya inilah yang disebut ALLAH nak uji tahap kesabaran insan.

tapi dalam masa yang sama, aku dapat tahu aku adalah 'reserve' pertama untuk jawatan pentadbir, aku mmg dapat jawatan pensyarah kalu aku tipu masa temuduga dengan cakap 'saya tak de masalah untuk belajar luar negara'...

rupanya.. tu semua cuma UJIAN... amat hampir pada aku.. tapi rupanya tak baik untuk aku dan ALLAH bawakan ianya jauh..

sigh!!!!!

takkan nak menipu untuk dapat jawatan..

pada aku masa temuduga tu.. apa yang diucap umpama janji.. dan kalau dah masa betul-betul menjawat jawatan, tak mengotakan janji tu.. tak buat sepertimana yang disebut semasa temuduga.. tak ke ingkar janji jadinya..

entah la... tiap orang ada pendapat masing-masing...

tapi sekarang ni pun... meja masih bersepah...

tak de tanda-tanda nak kemas lagi pun...

ada yang tanya, 'sedih tak nak tinggalkan tempat ni?' hrmmm.. terkedu gak aku..

nak kata tak sedih.. menipu la namanya... mana tak sedih..

ada jugak yang tanya lagi, 'seronok tak nak ke tempat baru?'

entah la.. mana aku taw.. tak ke sana lagi pun..

ada yang menambah lagi, 'sedih kan berpisah ni?'

perpisahan eh!!!

makna perpisahan pada aku..
perpisahan tu tak pernah wujud dalam diri selagi diri masih dalam ingatan, biarpun terpisah oleh jarak, jurang masa dan perbezaan kewujudan alam. tapi perpisahan itu wujud bila ingatan itu semakin pudar.. semakin hilang.. biar jaraknya hanya di depan mata..

sigh!!

kejap je masa berlalu kan...

3.2.08

selamat datang FEBRUARI

salam febuari 2008..
cepat je masa berlalu dan hari ni dah 3 feb..

februari tahun ni.. awal-awal lagi aku dah dapat kejutan.. seawal 1 februari.. aku kononnya datang opis.. nak mengadap keje.. tp tetiba masuk satu mail.. then lagi satu.. dan lagi satu.. bukan le satu benda yg baru kan...

tapi ada satu mail yang betul2 menarik perhatian.. senarai nama yang akan menghadiri BOOT CAMP 2008.. teng teng teng... aku dah tau nama aku dah di'drop'kan awal2.. dan aku rasa mmg sengaja di'drop'kan pun.. alasan yg dibagi.. erk.. tataw... hrmmm.. no comment.. rupanya ada yang menggantikan tempat aku.. ~haih...

ye aa kan.. boz aku pun.. cakap je aa ngan aku terus terang.. aku dah muak campur menyampah campur bengang campur bangang + tension + cam rasa nak maki orang pun ada... adeh la.. tulun..

'nak jaga hati' la kot.. hwahwahwa.. adeh malas.. malas.. malas...

dan 2nd feb aku ter'paksa' g me'manis'kan muka kat umah kenduri orang yang selalu sakitkan hati mak aku.. mulut.. adeh.. aku ingat mmg 'label' cili api ni.. oleh kerana dia satu 'clan' ngan aku.. jadi aku pun sama gak spesis cili api.. takut gak aku pada awalnya.. bukan takut hape.. takut aku tak ter'control' keceluparan mulut aku ni.. tapi alhamdullillah.. berjaya gak aku lalui saat2 sukar tu dengan sia-sia sbb dah tentu dah de pahala.. sbb aku mmg tak ikhlas pun... adeh.. wat penat badan je.. ilang masa aku tuk lepak umah..

dan juga seb aa si cayang muchuk called aku.. terhibur gak sat.. leh aaaa ngutuk2 dan pot pet pot pet.. pasal kengkawan kitaowang tu.. sapa aaaa.... hahhahaha... teka la sendiri.. tapi 'in kan.. kita tak kutuk kan.. sembang je kan.. **jeling2 kat 'in .. **

dan hari ni.. aku tataw kat mana baby G aku...

aku mencari merata-rata rata rata........ tak dak...

hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... geram.. geram sangat sangat sangat........

adeh... ya ALLAH.. tolong aku...
jangan sampai hati aku alpha..

padahal mulut aku dah geram dan dah macam2 aku sebut memenda yang tak sepatutnya.. aku komen benda yang tak patut aku komen.. aku lepazkan geram kat orang lein.. tp aku sebenawnya bengang GABAN ngan orang lain...

dah 3 hari aku lalui februari tahun ni dan tiap2 hari aku geram dan aku menangis sebab cuba nak control geram aku ni...

sabo je aa... sob sob sob..

then bila baca shoutbox aku lak.. khy cakap ireans dah tak de...
adeh la..

mengapa mesti februari ini bermula untuk menangisi dan ditangisi

~ end

16.10.07

PHSMII .. hidup

ermm.. how to start eh... 'ai.. saya upin.. ni adik saya ipin..' .. hehehe.. comel le budak botak 2 orang tu UPIN & IPIN...

dah dah dah.. abih bab nak mereben neh.. aku dah keje aaa.. dah 2 hari kat opis ni.. asik melalut je.. walaupun patutnya aku tak membuang masa.. dan concentrate kat thesis aku yg dah ala2 roti kerai a.k.a roti jala.. hwahwahwa.. tapi tahap kemalasan semakin berlapis2 tebalnya..


semalam sempat aku tengok TV. Pontianak Harum Sundal Malam II. Memang aku dah lama nak tengok.. nak beli DVD konon.. tapi sudahnya.. sampai le kuaw TV baru tengok.. tapi aku mmg puas hati aa ngan cerita ni.. as what i xpected.. so apa jenis movee aku suka tengok eh? ntah aa.. aku suka tengok apa movie yg aku suka.. tak tentu apa kategorinya.. kalau nak cakap citer gaduh2.. tak sumer citer gaduh2 yg aku minat.. nak kata citer seram.. tak sumer citer seram aku suka tengok.. tp .. tp kalaw 3D... graphic animation.. wooooooooo.. mmg tak miz aaa.. tu mmg all time faberet maaaa.. besh besh besh..

so.. apa yg baguz sangat PHSMII ni di mata aku.. erm.. aku ni duduk kat kampung.. berasal dari tempat yang dulunya amalan ILMU ni serasi dalam darah daging urat nadi.. tiap apa juga dibuat nak dibuat nak dilakukan.. semuanya.. beradab sopan seperti sepatutnya.. amalam syirik eh? .. aku tak nafikan.. ada waktunya.. pengamal yg keterlaluan..

so sebagai generasi baru.. aku tahu.. apa yang patut aku tahu.. aku tahu apa yg boleh dibuat.. setakat mana boleh dibuat dan beramal dengannya.. aku tahu sekadar mana dendam boleh membawa musibah ke akhir hayat.. dan generasi baru ni.. aku amat bersyukur.. kerana agama semakin dititik beratkan.. semakin kami dapat membezakan apa yg baik dan apa yang mungkar.. apa janji dan musibah pada mungkir.. apa amal sepatutnya dalam amalam.. melihat dunia dari alam yg berbeza.. melihat yg terlindung dalam yg bersalut... sigh!!!!

cuma hari ini.. dalam ILMU itu bening.. hidup aku pula dicabar.. rasa macam nak aku amalkan apa yang aku tahu.. supaya 'dia' tahu.. supaya 'mereka' tahu.. dengan siapa sebenarnya mereka berhadapan.. nak aku lihat.. biar melutut di kaki ini.. dengan mata yang terkulai.. apa rasanya bila hidup diranapkan.. harapan dihancurkan.. bila diperlakukan macam tak ada nilai.. bukan hanya aku.. tapi keluarga aku.. hingga ke anak-anak aku.. memang manusia-manusia tu semua BINATANG.. yg bertopeng.. hipokrit dan berpura-pura...

tapi dalam diri aku.. semakin hari makin banyak yang aku pelajari dan yakini. sungguh ALLAH itu maha kaya, amat pemurah dan mengetahui tiap apa jua yang terdetik dalam hati tiap hambanya.. dengan pegangan ini.. hati aku tidak hanyut jauh seperti MERIAM.. dan tidak waras aku masih terbendung.. tapi aku harap.. aku merayu.. dan aku memohon.. tolong jangan cuba untuk menipis sabar aku.. hingga aku hilang pertimbangan kerana musibahnya.. bukan hanya pada yg meminta.. tapi juga memakan diri aku sendiri..

dan berbalik pada PHSMII.. bagai mengulang silam yang pernah berlaku.. keseluruhannya aku memahami.. penyampaian yg baik dan tafsiran yang berlapis-lapis.. dan teknologi terkini telah membuatkan ianya lebih baik dari PHSM.. lepas ni.. mmg aku kena g carik aa DVD ori..

ya ALLAH.. plz do not let the other side of me comes ALIVE

15.10.07

apalah ERTI

apalah ertinya raya pada aku?

ntah.. apa yang aku harapkan pun tak taw. kalaw boleh biar je aku puasa .. then lepas tu masa aku ilang satu hari.. dan bila bangun keesokkan harinya aku dah skip satu hari. tak ke senang cam gitu? tak ke senang cam gitu.. erm.. cam sellfish je bunyinyer.. abih tu anak2 aku.. ye aa kan.. sian aa anak aku.. yg sulong tu aa.. yg kecik tu.. apa la dia tahu.. sekarang ni pun asal denga je azan maghrib dia akan tarik tangan aku g meja makan. siap angkat tangan nak baca doa. sebab dia ingatkan masih lagi dalam puasa.. adeh... erm... in fact dia macam marah ngan sumer orang.. apsal dah azan maghrib.. tp orang tak bz cam selalu nak berbuka.. :)

aku penah cakap perkara yg sama pada dia..
kalau boleh.. hny tak nak raya.. biar je tidur malam terakhir puasa dan bangun seminggu selepas tu.. dah tak tahu kat detik mana lagi 'raya' itu bermakna..

dan dia jawab balik dengan aku
memang la... abih tu liyana macam mana?

aku hanya mengeluh.. ye la.. anak aku macam mana? tapi tu dulu.. pun dah cam gitu.. sekarang ni pulak.. erm.. lg aaa kan
gerimis di lautan
mendayung sampan ke kuala
pada rang bulan pungguk merayu

menangis kesiangan
menanggung rindu pada si dia
apakan daya orang tak mahu

apalah guna ke bendang
padi seberang takkan menjadi
apalah kasihnya orang
kasihnya orang orang tak sudi

gerimis di lautan
ku ubati lukaku sendiri
namun parutnya terpandang jua

bangang betul aaa perasaan aku neh...