11.6.08

meniti hari-hari AKHIR

lamanya aku tak membebel kat blog..

kekonon aku bizi tahap gaban.. sebab tu la aku tak jengok dan jengah kat sini.. apatah lagi nak bermalas-malas sambey minum kopi mcm selalu..

sekarang ni sumer team member aku kat atas.. tengah meeting.. dan aku ada kat depan PC ni.. apa ke hey nye aku kat sini..?

mmg aku tak lagi diundang masuk sumer meeting kat department ni.. besok hari terakhir aku akan masuk pejabat ni secara rasmi. lepas tu aku akan berpindah jabatan dan bertukaw jawatan. sedih eh!!!!

bila terpikir balik.. woo dah 7 tahun 11 bulan rupanya aku kat sini. dah 6 tahun 1 bulan aku bersama unit yang aku duduk sekarang ni. rasa kejap je kalau masa tu kita tak peduli..

selama dalam tempoh tu aku pegang rekod aa sebagai the one and only pompuan dalam unit aku sepanjang tempoh perkhidmatan kat sini. tak senang rupanya nak keje dengan peers yang berlainan jantina.. ramai juga pompuan yang menyuarakan pendapat nak menggantikan aku kat sini.. tapi aku sarankan tak payah. dalam tempoh sepanjang aku keje ni.. mmg aku rasa pompuan tak sesuai dengan 'nature' keje ni.. kalau betul pun nak masuk.. kena la bersedia fizikal dan mental. aku pun rasanya hampir sampai tahap melupuskan diri dari keje sedia ada, kalaupun aku masih dalam jabatan ni..

susah gak nak bayangkan perubahan gaya hidup dan gaya kerja yang baru. aku tak taw sangat sebenawnya apa keje kat sana.. tapi memandangkan pendapatan lebih baik dan ditawarkan mengikut kelulusan sedia ada.. takkan aku nak tolak..

bercerita pasal jawatan baru, dulu aku penah citer kat sini pasal aku g interview untuk jawatan pentadbir dan lagi satu untuk jawatan pensyarah. dalam tempoh tu juga aku dalam saat2 akhir thesis aku. hanya seminggu selepas tu aku dapat taw, nama aku tak de dalam senarai nama penjawat pentadbir baru. untuk jawatan pensyarah, aku dipanggil oleh TNC untuk mengesahkan aku tak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara atas komitmen keluarga sekali gus menggugurkan nama aku dari senarai nama penjawat pensyarah.. dan akhir sekali, aku terlepas tarikh akhir laporan akhir thesis aku..

woo.. terasa dunia berpusing dan berpinaw-pinaw. rasa tergugam dalam hati tak dapat nak dibayangkan dengan kata-kata.

apa salah aku? nak kata result aku teruk.. tak la jugak.. nak kata peruntukan geran tak cukup, geran berlambak tak diisi.. nak kata kurang layak.. aku dah melepasi semua ujian temuduga termasuk ujian personaliti, english oral & writting, ujian pra-temuduga.. aku ada 2 research, dah bentang, dah publish... tapi seolahnya tak dipandang.. aku bersuara dalam temuduga.. tapi mungkin suara aku terlalu tajam, terlalu banyak bertelingkah dan menelingkah isu 'ketelusan'..

itulah kalau sudah rezeki tak berpihak.. betul kan..

aku masuk balik blog aku neh.. aku tengok balik entry aku yang dulu.. apa sebenarnya rasa aku waktu tu.. ada satu ayat yang cukup menyejukkan hingga ke sum-sum..

bukankah aku berdoa, 'ya allah, datangkan padaku apa yang baik untuk aku.'

dan aku pula mendengus dan menggumam bila semuanya tak aku perolehi..

wooo.. kerdil aku rupanya..

cepat benar aku lupa rupanya..

tapi ALLAH itu masih menyayangi. walaupun terlepas tarikh akhir, tapi aku masih dapat selesaikan thesis aku dengan bantuan 'supervisor'. syukur pada ALLAH. dan konvo menyusuri pada MAC 2008 yang lalu.

hanya dalam waktu sebelum konvo, ada iklan jawatan. ada jawatan aku minat tapi punyala tak glamour. pikir balik segala baik dan buruk. hrmmm.. tawakkal je la.. aku hantar borang. lambat 2 hari dari tarikh tutup.

2 minggu selepas tu.. dapat surat pengesahan penerimaan borang...

2 minggu selepas tu lagi.. aku terima tawaran menghadiri temuduga...

2 minggu lepas tu.. aku menghadiri temuduga...

2 minggu lepas tu... aku dapat surat tawaran keje baru...

itulah namanya REZEKI yang telah ALLAH tentukan. aku tak mengharapkan apa-apa dari temuduga tu. mmg aku taw orang tak minat pun nak apply. tapi aku suka...

agaknya inilah yang disebut ALLAH nak uji tahap kesabaran insan.

tapi dalam masa yang sama, aku dapat tahu aku adalah 'reserve' pertama untuk jawatan pentadbir, aku mmg dapat jawatan pensyarah kalu aku tipu masa temuduga dengan cakap 'saya tak de masalah untuk belajar luar negara'...

rupanya.. tu semua cuma UJIAN... amat hampir pada aku.. tapi rupanya tak baik untuk aku dan ALLAH bawakan ianya jauh..

sigh!!!!!

takkan nak menipu untuk dapat jawatan..

pada aku masa temuduga tu.. apa yang diucap umpama janji.. dan kalau dah masa betul-betul menjawat jawatan, tak mengotakan janji tu.. tak buat sepertimana yang disebut semasa temuduga.. tak ke ingkar janji jadinya..

entah la... tiap orang ada pendapat masing-masing...

tapi sekarang ni pun... meja masih bersepah...

tak de tanda-tanda nak kemas lagi pun...

ada yang tanya, 'sedih tak nak tinggalkan tempat ni?' hrmmm.. terkedu gak aku..

nak kata tak sedih.. menipu la namanya... mana tak sedih..

ada jugak yang tanya lagi, 'seronok tak nak ke tempat baru?'

entah la.. mana aku taw.. tak ke sana lagi pun..

ada yang menambah lagi, 'sedih kan berpisah ni?'

perpisahan eh!!!

makna perpisahan pada aku..
perpisahan tu tak pernah wujud dalam diri selagi diri masih dalam ingatan, biarpun terpisah oleh jarak, jurang masa dan perbezaan kewujudan alam. tapi perpisahan itu wujud bila ingatan itu semakin pudar.. semakin hilang.. biar jaraknya hanya di depan mata..

sigh!!

kejap je masa berlalu kan...

No comments: