sukar untuk meneka apa yang berlalu dalam hari-hari kebelakangan ini. perubahan cuaca seolah cuba menguji dan menduga sejauh mana akal dapat meramal ketepatan jadual alam. sering bila hari menginjak senja, awan mula berkumpal dan berkumpul. suasana manjadi semakin mendung dan gelap. titis hujan mula merenyai, membuka ruang bicara antara langit dan bumi. buat seketika hati diruntun. titis hujan yang melosot laju mempamir segala jeritan dalam hati ini.
salahkah aku dalam memilih jalan hidup ini?
aku hanya mampu menggeleng sendiri. pesanan ringkas yang aku terima cukup untuk buatkan hati semakin tidak keruan. hilang ketenangan yang telah mula bertapak dalam hati.
telefon berdering di atas meja aku biarkan seketika. entah siapa yang memanggil lewat petang begini.
hampir terlupa ada kerja yang menanti. kerja-kerja kemaskini rak peralatan bukan satu yang mudah. Sudah lebih 36 jam kami semua di pejabat untuk mengendalikan aktiviti ini dan memastikan semua sistem dapat beroperasi dengan sempurna.
di luar, hujan masih lebat. nampak cahaya memecah indah di celah-celah titisan. dingin di luar sedingin ruang penempatan 'jantung' utama untuk kelesuruhan sistem di sini. juga sedingin hati dan perasaan yang semakin berkecamuk.
aku capai semua kabel yang diperlukan dan berlalu.
jelas di wajah masing-masing dikuasai letih dan lesu yang amat sangat.
lesu terasa seluruh tubuh ini. tapi lebih lesu rasanya perasaan ini.
hujan di luar mula sidang, tidak lagi se'garang' tadi. perasaan aku jadi semakin resah dan tidak keruan. mengapa mesti dirimu hadir saat aku telah melepaskan segalanya dan beralih arah mencari sesuatu yang lebih bermakna.
perasaan aku makin berkecamuk dan kelesuan semakin mencengkam..
langkah terasa longlai. kunci kereta dicapai. tutup semua lampu. di belakang, terdengar pintu berdentum dan terkunci sendiri.
jauh di sudut hati aku tahu.. tak mungkin lagi hari-hari mendatang ini ditemani ketenangan yang aku rasai sebelum ini..

'hello'
'ok, datang sekarang'

'lambatnya.. dah macam mak inang? apa kes?', terus aku disergah.
'sorry!', tu je aku mampu jawab.
'bila agaknya siap?', aku bertanya entah pada siapa pun aku tak pasti.
'2 hours max', jawapan ringkas a hey.
jelas di wajah masing-masing dikuasai letih dan lesu yang amat sangat.
'check server connection', kata boz.
'check.. A213.. cable tense.. A205 .. intermittant.. DMZ connection failed...'
'.............................'
'...... check again.. connection failed..'
'.. ok last server.. up.. hurayyyyyyyy!!!!'
lesu terasa seluruh tubuh ini. tapi lebih lesu rasanya perasaan ini.
'.. so everyone.. thank you.. jom kemas semua then balik..'
hujan di luar mula sidang, tidak lagi se'garang' tadi. perasaan aku jadi semakin resah dan tidak keruan. mengapa mesti dirimu hadir saat aku telah melepaskan segalanya dan beralih arah mencari sesuatu yang lebih bermakna.
perasaan aku makin berkecamuk dan kelesuan semakin mencengkam..
langkah terasa longlai. kunci kereta dicapai. tutup semua lampu. di belakang, terdengar pintu berdentum dan terkunci sendiri.
jauh di sudut hati aku tahu.. tak mungkin lagi hari-hari mendatang ini ditemani ketenangan yang aku rasai sebelum ini..
No comments:
Post a Comment