4.12.07

..:: multiple blues mengongs ::..

~ haih..

**

tak baik mengeluh.. selalu aku ingatkan diri... tapi mmg tabiat aa..

waktu-waktu akhir dalam semester ni .. banyak betul cabaran menanti aku.. masa VIVA memang rasa macam dah nak menangis.. walaupun sebaik je lepas VIVA aku terpaksa melangkah masuk exam yang tak penah aku study... dah tentu dapat agak apa resultnya nanti..

aku memang dah tak de hati nak abihkan.. the way aku kena dengan panel2 tu seolahnya aku meng'kopi'  daripada orang lain. tak tau ke bersengkang mata aku mengadap paper tu. topik aku lak bukannya mudah.. tapi sebab tu mmg 'makanan' aku.. jadi aku nye explaination lain sikit dari student biasa.. tapi kalau tak puas hati.. tanya je aa aku personally.. tu pun aku dah cuba sebaik mungkin untuk mudahkan olahan.. bayangkan kalu aku belasah sumer perkataan yang aku guna untuk buat report.. tu pasal aku cukup benci dengan 'perception' ni.. awal2 lagi dah tamo nak open their mind dengan argument aku.. arghh...

sudahnya.. paper aku terbengkalai dekat sebulan dan selama tempoh tu juga aku tak g jumpa supervisor aku langsung.. memang aku geram sangat-sangat... tapi memang ALLAH tu maha kaya... tentu saja peringatan sampai pada.. pagi khamis lepas.. aku terserempak dengan org yang incharge pasal thesis collection ni.. dan se1/2 jam lepas tu tu.. aku terserempak dengan supervisor aku.. dah tentu aa kena basuh.. dan lepas tu dia paksa aku g jumpa dia.. then repair my paper.. kena paksa siapkan.. dateline dia bagi aku sampai 11 dis.. sengaja tempah nahas aa aku neh..

~ haih.. sabo je aaa... apa lagi aa perkataan yang aku ada untuk sedapkan hati aku ni.. kalau le betul biskut tiger tu leh buat aku lebih cergas.. mau je aku telan 4 kilo supaya cepat skit aku settlekan paper ni...

**

belek2 haribulan... dah 4 disember.. satu lagi tarikh .. yang kalau ada kuasa.. nak saja aku skipkan tarikh ni dari kalender idup aku.. terlampau banyak yang menyakitkan berlaku pada tarikh ni... semuanya telah mengubah keseluruhan hidup aku..

dan hari ni .. tarikh ni.. sampai saat dan ketika ni.. belum ada lagi yang pelik2 berlaku.. syukur pada ALLAH.. melainkan cuma satu.. entah kenapa agaknya.. kenapa agaknya.. hati aku tertiba rasa amat-amat tak best.. satu badan aku rasa sejuk.. seolah seluruh tubuh aku ni menggeletar... napa agaknya? masihkah aku terkenang dengan apa yang menyakitkan hati dan perasaan aku.. pada dia yang telah merobek hati aku.. menghancurkan perasaan aku.. menghuru-harakan hidup aku...

~ haih.. untuk apa agaknya lagi mengenang pada yang silam. padahal hanya aku je sebenarnya yang masih tertanya dan mencari hakikat...

mengapa mesti dalam disember ni juga nenek sedara aku pergi mengadap ILAHI.. hari ni hari kedua idup keluarga kami seolah hilang seri.. aku rindu sangat dengan dia.. tapi tentu saja ALLAH lebih menyayangi dia.. kali terakhir aku ziarah.. dia nampak tenang seolah dalam tidur..

masa menziarah pusara.. aku terus ke pusara ayah.. hari ni.. genap 23 tahun ayah pergi.. sepanjang tempoh tu juga.. aku hidup dan membesar dengan kederat mak aku.. mak aku yang tak penah g sekolah.. tak tahu membaca dan menulis.. tak penah tahu nak bawa apa2 kenderaan pun.. tak tahu nak guna semua peralatan elektrik.. tak tau macam mana nak guna telefon.. apatah lagi nak men'dial' number tipon.. tapi itulah insan yang paling memahami aku dalam dunia ni.. yang membesarkan kami adik beradik.. walau ada waktu.. kami cuma ada segenggam beras dengan ikan sawah untuk makanan.. ulam keliling kampung.. tu la sajian rutin..

~ haih... itulah hidup ini.. terkadang aku cemburu dengan hidup orang lain tapi pikir2 balik.. aku seharusnya bersyukur dengan kehidupan aku.. sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga.. tentu saja tanggungjawab amat berat terpikul di bahu aku.. takkan kerana tu.. aku nak gadaikan segala apa yang aku ada hanya untuk mengejar impian hidup aku... erm.. macam tak mengenang budi je bunyinyer tu..

**

sapa yang tidak menginginkan kehidupan yang lebih baik.. sebab tu aku masih belajar.. walaupun dalam masa yang sama terpaksa aku bergelut dengan anak-anak.. kerja aku.. mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga..

baru2 ni aku dah pegi interview.. walaupun jawatan tu hanya memerlukan ijazah pertama.. tapi memang persaingan cukup sengit.. aku bukan mengalah dengan calon2 lain.. tapi aku iktiraf dan mengakui kehebatan diaorang sumer.. memang kalaupun aku tak dapat jawatan tu.. dan sapa juga yang dapat.. aku memang hormat dan acknowledge.. mmg diaorang bagus...

pada aku.. to be there.. shortlisted.. 24 out of 1000+ pun dah satu rahmat.. aku tak penah terpikir pun untuk ditemuduga oleh CEO multimillon $ company.. aku syukur sangat dengan peluang untuk bersemuka dengan beliau dan berbahas secara terbuka dan ilmiah dalam beberapa isu.. walaupun lepas interview tu aku rasa macam keluaw dari Industrial Relation Court.. adeh!! tapi itu memang satu pengalaman yang amat berharga..

**

entah apa mimpi.. aku pegi 'akupuntur'.. tapi memang aku dah dapat mengagak apa keputusannya.. aku cuma nak mengesahkan je.. memangla.. makin bersarang rupanya dia dalam badan aku neh.. last check up 2004.. tapi lepas tu kalut dengan pelbagai halangan sepanjang aku bawa 'ipah'.. nampaknya suka tak suka.. aku kena pegi check up juga untuk tempoh terdekat ni..

tapi memang la.. mana ada treatment yang tak de side effect.. even sekarang ni pun aku dah semakin merasai.. separuh badan aku sebelah kiri makin lemah.. tataw aa.. kalau kena treatment lagi.. apa akan jadi agaknya..

~ haih..

ada waktunya terpaksa memilih kan.. mana lebih penting.. dan tentu saja kita tak dapat nak memiliki segalanya dalam hidup ni..

**
ya allah ya tuhanku.. ampunilah aku.. lindungilah aku dari dosa yang telah aku lakukan dan bakal aku lakukan, yang nyata dan yang tersembunyi.. engkaulah tuhan yang tidak ada awal dan tidak pulak ada akhirnya. sesungguhnya tidak ada tuhan melainkan engkau ya allah.. wahai tuhan yang berupaya membolak-balikkan hati2 insan, teguhkan hati aku ya allah pada jalanmu dan jadikan aku insan yang sentiasa mentaatimu.. sesungguhnya allah aku tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim..

**

back to the first topic i wrote.. still looking for courage in completing my paper.. hoping for good.. for me.. for my mom.. my kids.. and my family.. and what ever comes to me.. ALLAH please make it 'good'.. please.. only you know what is best for me..

**

.: end :.

No comments: