25.11.07

life: happy or meaningful

detik demi detik berlalu dan berganti. siang berganti malam. bulan bertukar bentuk.. indah menyimbah bumi tatkala purnama. cepat masa berlalu.. sedar tak sedar diri makin dimamah usia.. semakin usang rasanya..
.. semua dah tak ader lagi, dah buang!...
tu je pesanan yang aku dapat. sedih ke aku? terlukakah aku? patutnya aku dah rasai sejak lama dulu. cuma hati aku ni yang degil. degil sangat untuk menerima kenyataan. harapnya kali ni hati aku dapat terima bahawa segalanya telah lama berakhir.. malah seharusnya tidak perlu ada mulanya. kesilapan yang aku lakukan dalam sedar dan terima padah yang memang telah aku duga. nak salahkan siapa.. erm..
.. in our life man has to choose either to have a happy life or a meaningful life. you can't have them both.. ~ wise man, HERO S01
'happy life' - aku tak pasti terjemahan sebenar dalam bahasa. hidup yang 'gembira' agaknya.. ataukah hidup yang 'bahagia'. tak tau pulak aku. tapi happy life yang dimaksudkan ini ialah hidup yang tak perlu fikir apa yang berlaku semalam dan akan berlaku esok dan hari-hari mendatang. apa yang penting ialah hari ini. 'meaningful life' boleh dianggap sebagai pencarian hidup yang bermakna. dalam erti kata lain, perlu fikir apa yang telah berlalu dan apa pula yang akan berlaku. tiap apa yang dilakukan hari ni ada rentetan dari hidup semalam dan hari ini pula adalah asas untuk hari esok. jelasnya.. memang tiap insan tak boleh nak ada kedua-duanya.. 'happy life' dan 'meaningful life' dalam masa yang sama..

aku.. mungkin jenis yang mencari makna hidup ini. selalu aku terfikir apa yang aku buat semalam dan selalu pulak aku berangan-angan masa depan. kadang tu hanya berangan-angan kosong.. dan tentu tak dapat nak gapai pun.. dan terfikir-fikir pulak apa yang telah berlaku semalam.. memang aku tak leh nak brenti berfikir la. entah apa-apa la yang ada dalam fikiran aku. kadang terasa cam fikiran aku pun kena 'spam' kot.. hadeh...

dan pasal silap aku tu.. mungkin itulah waktunya aku mencari maksud disebalik 'happy life'. tapi memang syok betul bila tak fikir pasal semalam dan tak yah nak fikir lebih-lebih pasal esok. yang penting.. hari ini dan detik ini.. ermm.. tapi 'padah' tu yang aku tak boleh nak maafkan diri aku. waktu tu je aku 'happy' tapi lebih tu.. aku tension bertahun-tahun. tak boleh nak buang semua ingatan untuk tempoh tu.. susahnya dengan fikiran aku ni jugak. ada setengah benda aku boleh ingat 'terlalu perinci'.. sampai rasanya menyusahkan hidup aku.. ~haih.. tension..

tapi gitu aa kan.. kalau mencari erti dalam hidup ni.. kadang rasa macam tak abih-abih. tataw aa bila nak happy. bukan la tak happy.. tapi tak le sampai tahap happy tak dak arah.. ermm.. pikir-pikir balik.. aku tak leh nak hidup dengan orang yang jenis 'happy life'. selalu sangat denga.. aa.. 'tanak pikirlah'.. rasanya sekarang ni aku berani cakap.. mmg aku bukan jenis cam tu.. dan aku tak leh nak sekadar hidup tanak pikir.. dan bila ada problem tension sendiri .. sapa suruh..

dan kerana tu jugak.. aku amat-amatla tak minat dengan 'ad-hoc' dalam apa juga keadaan. selalu aku kena komplen ngan geng2 kat sini. kekadang diaorang rimaih dengan aku.. sumer benda aku nak plan ahead.. sampai ke perkara yang kecik-kecik... tapi apa2 pun.. tak de aa diaorang nak bising sangat2 sebab diaorang tau.. kalau ada benda tak kena aku 'hangin' lg aaa menjejaskan keharmonian keadaan.. huhuhu..

tapi aku tak boleh nak nafikan.. sedih bila segalanya berakhir macam ni. tapi mungkin ini yang sebaiknya. tiap orang ada 'preset' diaorang sendiri ada hidup dan arah tujuan sendiri.. ada waktu hidup ini bersimpang dan ada waktu hidup ini bertembung. aku redha dengan apa yang berlaku biarpun ia mengambil masa yang amat lama untuk aku terima hakikat ini..

doa aku.. moga dia bertemu bahagia yang dicari dan ALLAH berikan hidup yang baik padanya.. dan aku juga.. moga ALLAH lorongkan apa yang baik untuk aku juga. sungguh ALLAH mengetahui apa yang tidak aku ketahui..

AMIN..

.:end:.

No comments: