hwaaaaaa... lama tak update... hrm... anyway.. bebanyak tima kasih kepada yang bertandang ke sini dan minta maaf sebab lama tak update.. bz ke? tak taw la nak cakap bz ke apa.. tapi banyak benda yang mengisi ruang2 masa dalam hidup ini.. adeh!!!
so apa pulak kali ni.. tak taw apa nak update lagi. banyak sangat nak berputar dalam fikiran aku dan aku tak jumpa ayat nak perkataan nak gambarkan. nak bercerita.. ntahla.. kadang blog ni macam satu tempat untuk bercerita.. seronok dan selesa untuk bercerita.. tapi ada waktu yang lain aku macam tak nak tengok blog ni. macam blog ni bukan lagi tempat yang buat aku selesa untuk bercerita.. kalau ditanya.. naper? ntah.. cuma aku rasa cam tu.. erm...
mungkin kali ni aku bercerita pasal pergi dan kembali... naper lak tetiba keluar topik ni.. sebab semakin ramai handai taulan.. yang ada masalah dengan hidup diaorang.. dan sampai ke telinga aku... 'heartbroken'..
banyak soalan yang aku dapat. macam la aku ada semua jawaban untuk semua persolan dalam dunia ni. termenung aku seketika. macam mana aku nak tau apa sebenarnya yang berlaku. apa sebenarnya yang terdetik dalam hati dan fikiran masing-masing. hanya kerana aku pernah mengalami, tapi itu tak bermakna plot sketsa hidup ini sama. tapi aku tahu apa rasanya bila hati disakiti, bila harapan itu hancur, bila impian indah bertukar pada mimpi yang mengerikan. perasaan itu masih jelas, cukup jelas hingga dapat aku ungkapkan membentuk kata yang boleh difahami.. kepada yang ingin memahami..
pada ketika, dia membelakangi, memulakan langkah ke destinasi yang tidak aku ketahui.. aku tahu 'dia' bukan lagi orang yang sama, yang pernah bersemayam dan bertahta dalam hati dan jiwa aku.. tapi banyangan lalu masih menghantui. tak dapat nak aku letakkan semua imbasan silam dalam kontena di luar fikiran. terkadang imbasan itu begitu jelas, seolah mengulang dan bercerita semula semua sketsa lampau. tiap mimik, tiap perasaan, tiap kata, usikan, senyuman, lirik mata, bercerita segalanya bagai semalam ianya berlalu.. sigh!!!!
masih terngiang lunaknya suara dihujung talian, membisik ke telinga, mengulit perasaan seakan mimpi. kelopak mata ditutup lalu ruang menjadi jelas, memperincikan kewujudan biar hanya dirasai dalam diri. erm... mana sebenarnya mimpi itu. tak pernah tahu mana ianya bermula dan tak dapat pula melihat mana akhirnya.
sumbing hidup tanpa bayangan ini. wujudnya bagaikan ada tapi sebenarnya entah di mana. manis, makna, suka, duka, sepi... diadun menjadi satu. amat sakit perasaan. tapi masih mencari.. adakah titik bernoktah benci... kian lama mencari, harapnya ada dan bertemu.. tapi tidak berpenghujung.. jelasnya.. tidak wujud benci dalam diri.. terimalah hakikat ini.. 'adil'kah aku...?
sungguh pemergian tanpa rela itu satu penyiksaan.. mewujudkan satu jurang dalam satu dimensi yang lain yang tidak aku ketahui..
dalam diri ini.. dia masih sama.. imbasan yang sering menjengah itu tidak berbeza. tapi hakikat tidak pernah berdusta.. 'dia' bukan lagi sama. waktu dan ketika dia membelakangi.. dia bukan lagi seperti yang pernah berada di sisi. dia bukan lagi diri yang ingin menyayangi.. biarpun benci tidak wujud dalam diri. dia bukan lagi yang bertahta dalam jiwa kerana lunaknya suara tidak lagi mengulit mimpi...
cuma hadirnya seakan sama... seakan sama.. tapi hakikatnya dia sudah jauh berbeza atau akukah sebenarnya yang hanyut di lautan perbezaan ini.. memang kan, hakikat tak pernah berdusta.. erm...
~ masih celaru rupanya perasaan ini..

No comments:
Post a Comment