21.2.08

NOKIA 3200.. dalam kenangan

aku sekarang ni dalam mood malas.. citer ni aku post lam puteri ais forum jadi untuk simpanan aku.. se'copy' aku letak kat sini

lama dah jugak la cerita ni..

satu hari my sweet fwen call hari phone member dier..
katanya hp 'masuk air'.. aku ingatkan tak bayo bill
rupanya betul2 masuk air.. aku tanya,'apa hal?'
dia cakap terjatuh lam longkang...

bunyi cam pelik kan.. tapi aku tak heran sangat
sebabnya.. bila kerja cable pulling cam kitaorang ni..
bebarang jatuh lam 'manhole', sangkut lam 'duckting'.. tertinggal lam 'trunking'
sumer benda biasa aa..

lepas tipon.. aku tengok jam.. alamak.. dah kul 3.30
aku lum solat zohor.. kat tangan aku pegang tipon..
sebelah kiri aku capai mug air.. minum seteguk.. aku tinggal je tipon kat meja
terus g surau tingkat atas..
lepas solat ada member panggey.. g opis..
ada benda kena settle .. lama gak lam 40 min

then aku balik ke tempat aku.. sambung keje
dan tipon aku bunyi.. aku cari gak mana aku letak tipon..
skali........ UWAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tipon aku rupanya aku letak lam mug..
dalam mug aku ada air lak tu.. separuh mug..
congak2 kan... dalam 40 min jugakla phone aku.. aku rendam...

kelam kabut aku off kan phone
buka sumer casing ngan bateri segala..
adeh.. tension... cam ne leh jadi gitu eh..

then aku balik umah.. member cakap.. ko pakai pengering rambut..

keesokkannya.. aku pasang sumer balik
alhamdulillah.. bertahan gak handphone tu untuk setahun selepas tu..

aku check ngan member yg pakai model sama
diaorang cakap mmg model tu tahan lasak..
dan pada aku.. mmg terbukti

so.. pada korang yg keje opis dan selalu letak cawan kopi kat sebelah
nasihat aku.. letakkan hp berjauhan dari cawan kopi anda
untuk elakkan dari penderaan hp 'terendam' macam hp aku tu..

~ sekian..

No comments: