27.1.08

tak SIHAT segala..

aku nak ambik kesempatan ni nak ucapkan tima kasih yang teramat-amat kat kengkawan aku 'in, zana dan khy yang call ataw msg untuk bertanya khabar. aku amat-amat menghargai (dah tak taw nak ungkap cam mana dalam perkataan) walaupun pada u all perkara ni mungkin cam kecik je... tp pada aku.. besar ertinya..

alhamdulillah, ipah dah beransur pulih. memang selalu dia akan amik masa untuk beransur sihat. kalau keadaan dia bertambah-tambah baik.. minggu depan insyaallah.. mmg dia akan bertambah-tambah lasak dari sebelum ni.. :)

sebenawnye sejak awal tahun.. mmg leh aa aku kelaskan sebagai musim tak sihat. bukan setakat anak aku je tak sihat. mak aku pun sama. deman cam tak kebah-kebah. batuk yang berterusan kerana masalah tonsil.. kesian aku ngan dia. tapi bukan senang nak memujuk orang berumur ni g hospital. tp alhamdulillah.. finally termakan la jugak pujukan aku.. dia pun sekarang ni dah beransur elok..

lagi satu yg tak sihat.. network aku ni ha... kena poisoned ngan trojan-downloader: ARP Spoofing.. mengongs jugak la 2,3 minggu.. walaupun terkawal.. tapi fenat gak aaa.. tido pun leh mimpi virus aa kiranya.. tapi bila tengok hari ni cam dah ok. recovering gak.. alhamdulillah..

kesimpulannya... mmg sejak awal tahun sumer keliling aku cam tak sehat.. tido tak cukup.. rehat pun tak cukup.. nak tengok mender2 lain pun tak sempat.. terasa cepat sungguh masa berlalu.. tetiba dah nak abih dah jan 2008.. pun gitu aku amat bersyukur sbb allah berikan kesihatan yg baik pada aku dan anak aku lg sorang.. sekurang-kurangnya tak le teruk sangat aku.. ada gak yang membantu..

well.. tu la hidup.. hari ni ok.. esok lum tentu lg cam ne.. anyway pada kengkawan aku.. aku doakan semuanya sihat dan sejahtera dan dapat menjalani hidup dengan selesa.. thank u all.. very very very much..

dan lagi satu.. thank u 'in.. sbb kasik logo VISIT KEDAH YEAR 2008.. besh besh besh.. bertuah sungguh aku ni.. nak kempen untuk negeri sendiri pun orang lain tolong kasikkan logo.. hehehhe.. kalu ada peluang aku tempek aa gambaw2 yang menarik kat kedah ni.. tapi bila tu.. tak taw la plak aku.. :P

~ end

2 comments:

Zana S said...

sama2 kaseh..:)

tapi haru gak ko nie.. camne nak kempen kedah nie.. huhuhu...

intan said...

haaaa... aku kempen tuk datang melancong je.. tak pandai aku nak melencong lencongan.. ahaks...