manisnya hidup ini... benarkah?
aku termenung di satu sudut. perlukah aku teruskan atau perlukah aku biarkan saja kata yang ku anggap sebagai janji. mudah benar lidah tak bertulang ini mengungkap kata. kadang tak sedar pula berbagai bentuk hakikat hidup yang boleh mengubah satu detik dengan satu detik yang lain.
perlukah aku teruskan?
kerana janji, aku kuatkah hati. satu persatu apa yang perlu, aku gariskan dalam fikiran. tapi hati masih berkecamuk. tiap satunya sukatan harus tepat.. telahan aku kali ini harus benar. aku lakukan segalanya dengan teliti. tak mahu lagi mengulang kesilapan demi kesilapan.
ruang ini masih juga sepi.. jam masih berdetik tanpa ragu..
mengapa perlu aku teruskan? mengapa aku masih ingin mengotakan kata ini? api semakin menjulang.. namun perasaan ini masih tidak mahu sebati. tiap langkah aku atur dengan penuh hati-hati. jangan ada yang tersilap kali ini..
argghhh!!! seolah kepala dah semakin berasap.. masih kugagahi diri untuk meneruskan apa yang telah aku mula, apa yang aku janji, dan akhirnya janji itu yang mengikat kataku.. lantas bergelut aku dengan perasaan sendiri..
lama menanti.. lama langkah aku atur tanpa sumbang.. akhirnya aku harus berdepan dengan kenyataan.. memang hidup ini tidak semanis KARAMEL..
~ end

No comments:
Post a Comment