memang sejak balik dari kursus hari tu.. asik hujan je memanjang.. sejak semalam pulak.. bukan setakat hujan je.. tp dengan ribut sumer skali.. kiranya dah 2 hari tak nampak matahari.
bila hujan macam ni.. aku teringat raya aidilfitri 2 tahun lepas.. banyak rumah kat kawasan ni beraya dalam air. kemudian diikuti dengan banjir besar kat kedah. risau jugak mengingatkan keadaan ni. kesian aa.. ada sesetengah rumah tu.. nampak macam anak2 balik dari jauh.. sudahnya masing2 tolong mengangkat barang dan mencuci rumah.. pun macam tu.. aku doakan janganlah tahun ni diaorang ni beraya dalam air mcm tahun sebelum2 ni..
semalam kat kampung aku.. satu family umah diaorang kena ribut. bumbung terus hilang. dah tu malam tadi hujan lagi.. barang2 dalam umah sumer basah. barang2 letrik lak dah tentu la rosak. aku pun tak sure diaorg tu sumer menumpang kat mana malam tadi. masa aku lalu tu.. dah hampir berbuka.. aku tengok dah tak de orang kat area umah tu.. agaknya dah menumpang kat mana2 la tu.. sayu aa tengok. tambah lak time puasa cam gini. aku harap diaorg tu bersabar la dengan dugaan ini..
hari ni kat opish pun masing2 cam 'mandom' je. dah pakai jaket pun masih sejuk jugak. tempat aku lak dekat ngan blower aircond.. adeh.. caket pale berdenyut2..
anak aku ada exam KAFA. tataw le kat sekolah tu macam mana. semalam tu aku tanya dia sejuk tak? dia cakap ok la jugak. hari ni tataw la. aku soh bawak jaket tanak lak dia. hopefully dia ok la..
erm.. memang puasa ni banyak dugaan kan? bukan sekadar penderaan peyot.. penderaan mata.. penderaan perasaan.. tp lebih dari tu lagi... kepada hati2 yg diduga tu.. bersabar la banyak2.. semoga kita diletakkan oleh ALLAH bersama golongan org2 yg sabar..
erk.. dah ada suasana raya dah ni.. so aku pun nak menayang le kuih raya yg aku beli neh.. anak aku yg pesan aaa..
k.. SELAMAT TERUS MENJALANI IBADAH PUASA.. ni dah masuk malam 10 terakhir ramadhan.. jadi ni lah waktunya untuk mencari malam yang penuh keberkatan..
~ adiozzzz ~
4 comments:
hwaaaa!! KUIH TUNJUK laaa!! :D
hwaaaaaaa!!! :D
hehehe.. pasai koi tujuk tu aa menayang sakan tu..
owg x pandai wat koi aaa.. nak wat cam ne... (*saja aa tu alasan*) hehehe...
dan owg tu kan ke terrer.. tak tingin ke nak ngantaw ke sini.. ihiks
nape belaka kueh raya nie???
kueh nak buka petang kang takmo tunjuk ke? TET! akakakakka
hehehe... zana.. nak nak masuk demam raya aaa. tu la pasal asik kuaw gambaw kuih raya je...
Post a Comment