my view: enter da next level?
memang hati ini sukar untuk menafsir dan ditafsir
memang hubungan itu sukar untuk meneka dan diteka
kerana adanya satu ikatan yang tidak kelihatan
boleh mengubah semua keadaan
menjernihkan yang keruh
menggolakkan yang tenang
menanti runtuh pada yang utuh
menjadikan yang rapat pergi amat jauh
hati sendiri.. dan hubungan dengan yang lain
adalah ujian .. yang noktahnya memungkinkan
satu anugerah.. atau juga satu musibah..
hati sendiri.. sendiri yang mengetahui
hubungan pula.. melibat hati mereka semua
sejauh mana sempadan ingin diangkat
sejauh mana pandangan ingin disekat
seberat mana hati boleh menahan
seteguh mana pula perasaan boleh ditimbang
setiap yang ingin dilakukan ada harganya..
setinggi mana harga itu sanggup dibayar
atau juga setinggi mana harga itu mampu dibayar…
tanyalah diri.. tanyalah hati yang merasakan
sungguh tidak ada jawapan yang pasti
untuk diungkap sebagai bukti..
bukan tak boleh mempersoalkan
tapi mampukah diri dibendung dari sesat dalam perasaan
bukan tidak boleh bertanya
tapi mampukah diri memberi dan menerima jawapannya
sungguh hidup ini ibarat bermimpi
yang terkadang nyatanya di alam maya
sedang angan pula di alam nyata
pun begitu sentiasa harus ingat
walau bagaimana hati sendiri
walau bagaimana hati mereka
kita menjunjung langit yang sama
kita berpijak bumi yang sama
kita memegang status yang sama..
hamba yang merdeka
hamba yang bergelar insan
yang mampu membuat pilihan
dan tak sunyi juga dari melakukan kesilapan
~ SUNGGUH ALLAH LEBIH MENGETAHUI
No comments:
Post a Comment