terjengkek-jengkek aku di celah orang yang semakin padat. dengan ketinggian aku, berada dicelah-celah orang ramai amat menyesakkan. ‘ish! mana abang aku neh?’, aku dah mula nak membebel dalam hati. ye la .. kalau aku membebel betul-betul, ada lak yang menganggap aku ni tak betul pulak. akhirnya aku tengok ada tempat duduk di sudut yang agak jauh. seorang amoi dah bangun. agaknya bas yang ditunggu dah tiba. alhamdulillah. dapat juga aku merehatkan kaki yang dah mula terasa sengal.
seronok juga rupanya memerhati orang lalu lalang. patutla ada orang yang suka melepak sampai berjam-jam. agaknya mereka ni sedang mengkaji gelagat manusia. aku hanya mampu tersenyum kecil.
‘ramai betul orang malam ni’, bisik hati kecil aku lagi. selalu tu tak ada la pulak sampai padat macam ni. nak kata hujung bulan pun tak la juga. tentu masing-masing ada hala tuju sendiri. ‘ish! mana abang aku ni?’, bebel hati aku lagi. dalam aku bergelut dengan bebelan yang semakin menegangkan urat tension, aku terpandang sorang gadis. berbaju kurung merah hitam. kasut tinggi 2”. gaya kasut yang aku suka. tudung juga warna merah. beg tangan warna hitam. satu ‘duffle’ bag dikelek bersama. ‘erm.. tak ke payah nak naik bas dengan kasut tinggi cam gini’, bisik hati aku lagi. ‘woo ooo ooo.. yang aku nak sibuk-sibuk apa hal..’, cepat-cepat aku ingatkan diri.
aliran orang ramai makin bertali. bas akhir malam ni mula menghampiri. tiba-tiba aku terlihat satu kelibat. ‘eh! takkan la’, kata hati aku. tapi memang betul sangkaan aku. ‘apa pulak dia buat kat sini’. terus aku bangun menghampiri.
‘assalamualaikum imam’, aku menyapa.
‘waalaikumussalam, hah! buat apa kat sini malam-malam ni?’, terkejut jugak muka dia tengok aku.
‘hantar abang ‘, aku jawab ringkas.
‘mana dia? lama betul tak nampak?’, tanya imam lagi.
‘entah la. kata nak ke tandas. tapi dah 15 min saya tunggu tak nampak pun mana kelibat dia’
‘lama tak nampak kat kelas?’, tanya imam.
‘sekarang ni susah sikit imam. tengahari saya uruskan hal anak-anak. kerja pun dah semakin bertambah banyak sejak projek rmk-9 masuk’, imam hanya mengangguk.
‘mengaji dah habis?’, tersentak kejap aku.
‘belum lagi imam. tengah mengadap thesis’.
‘dah ‘defense’?’ aku mengangguk lesu. memang dah 3 semester aku tangguh.
‘teruk kena?’, tanya imam lagi. ‘tak juga’, aku dah mula tak selesa. tentu imam akan banyak tanya lagi.
dia sebenarnya pensyarah aku sejak dari ‘first degree’. sekarang ni dah professor madya. dalam masa yang sama, dia adalah imam di khariah di mana dia tinggal. masa kali pertama aku defense thesis, memang dia panel aku. teruk aku kena masa tu. aku masuk kelas tafsir imam seminggu sekali. oleh kerana kelas tu waktu tengahari.. aku dah ada masalah sebab sekarang ni tengahari aku nak uruskan anak-anak aku balik sekolah dan hantar ke kelas kafa petang atau lain-lain aktiviti sekolah.
‘imam ada apa malam-malam kat sini?’, aku cuba menukar tajuk perbualan.
‘hantar anak saya. ada nampak sorang budak perempuan tudung merah?’, tanya imam sambil mata dia meliar mencari.
cepat aku teringat. ‘yang berbaju kurung merah hitam tu ke?’
‘haaa! betul la tu, tadi dia jalan dengan mak dia’, rupanya dia anak imam.
‘tadi dia naik bas kat belakang tu, tapi tak nampak pulak dengan mak dia’
dalam pada tu, anak gadis imam menyusup keluar entah dari mana dengan mak dia. imam pun memperkenalkan. dalam hati, segannya aku. mana taknya, aku dengan jeans lusuh. hujung seluar pun dah berbulu sebab benang dah berapa lama tertanggal. baju pulak, sekadar menyarung kemeja lama, sama lusuh dengan jeans yang aku pakai. tapi tak beradab la pulak kalau aku tinggalkan mereka cam gitu je.
mula aku bersalam dengan isteri imam. berbalas kata sepatah dua. dan kemudian beralih kepada anaknya. melihat pada wajah anaknya, aku terpaku. satu badan aku seolah disimbah ais, sejuk dan hampir menggigil.

ayu wajahnyaseakan lemah longlai seluruh tubuh aku.
manis senyumnya
sopan santunnya
lembut pula tutur kata
ayu wajah yang tak pernah aku tatapsegalanya semakin menghantui. tiba-tiba abang aku muncul dari belakang. cepat aku berpaut pada bahu sebab aku terasa hilang imbangan badan. abang mula bersembang dengan imam, tapi aku dah tak tahu apa butir perbualan. pada anak dan isteri imam aku hanya mampu tersenyum dan melarikan pandangan.
manis senyum yang tak pernah aku lihat
lembut pandangan mata yang tak pernah bertembung dengan mataku
cepat aku tarik abang aku ke tepi. aku cakap nak balik. dah mengantuk. lagipun esok keje. alasan yang ringkas. tangan abang aku capai, aku salam dan aku kucup. pantas aku berlalu ke kereta tanpa berpaling. dalam fikiran aku hati semakin berselerak. mengapa mesti segalanya datang sekelip mata. mengapa semuanya menerjah semula dalam fikiran.
perjalanan ke rumah terasa semakin jauh
anak imam
wajahnya
senyumnya
sopan santunnya
lembut tutur
katanya
membawa peribadi ayah yang berwibawa
lalu terngiang dalam fikiran
dia anak imam
kawan yang kenalkan
tapi mengapalaju aku memandu.
kata hati aku yang semakin meronta
walau aku sedar mana
kedudukan aku
tapi masih juga hati aku bertanya
apa salah aku sebenarnya
tak tahu macam mana boleh terjadimasih terngiang segar dalam ingatan
memang bukan salah hani
memang diri ini yang bersalah..
hani tak pernah bersalah apa-apa
semuanya seolah berlaku begitu cepat
ingatan itu masih menerjah
habis tu.. semua yang berubah ini kerana diadalam lemah, dia mengangguk.. dan seolah semua semangat aku hilang
dan kerana diamasih jelas hujah yang aku benamkan. hujah yang lama aku simpan dan hanya itulah sekali dapat aku berhadapan.
telefon tak berangkat
pesanan tak berbalas
paras dah berubah
mana pendirian selama hari ini
kata hati tak mungkin dipaksa
kata hati tak mungkin mengikut kehendak serata
tapi mengapa sekarang hati berubah
mengapa mudah sangat pegangan jadi goyah
mana kata hatigelap malam aku redah dengan seribu kepayahan
percaya pada diri
mencari impian mengejar realiti
sedang membisu pula
menjadi jawapan seribu tanda tanya
apa guna
berkata rindu
apa guna mengucap sayang
kalau setia itu tak pernah ada..
malam yang kelam semakin dinginair mata berjurai membasahi pipi.
seolah petir sabung menyabung
seolah rebut mula bersenandung
seolah hujan lebat membasahi
walau di luar sana
hakikatnya malam amat indah
hanya diriku sebenarnya
yang bergelut dengan perasaan
mengapa segalanya harus bermulaaku tiba di rumah dalam keadaan seluruh badan yang menggeletar. masih tak pernah menyangka, setelah sekian lama.. perasaan itu masih ada. longlai aku ke ruang tamu. termenung dalam gelap. mana silapnya? persoalan yang sering menerjah dalam kotak fikiran ini. akhirnya aku beralih. menyalin pakaian dan tunaikan kewajipan. lama aku berteleku mencari kedamaian dan ketenangan hati. ya allah! berikan aku kekuatan..
dan segalanya harus berakhir.
mengapa perlu adanya janji
dan akhirnya janji itu yang dimungkir.
ataukah cuma kata yang lahir
tapi aku pula menganggap ianya janji yang terikat.
wahai malam!
cepatlah berakhir dan bawalah mimpi aku ini pergi.
wahai siang!
cepatlah bertandang supaya aku boleh kembali pada duniaku.
wahai hati!
percayalah pada diri bertapaklah pada hakiki
akhirnya aku terlena.. dalam esak tangis peneman setia..
2 comments:
Banyak2 mengucap dan sabar intan...
I am here for you. :)
hehehe.. thx..
kekadang angin mengong melanda.. cam gitu aa jadinya.. LOL
Post a Comment