memang hidup ini penuh dengan persoalan. ada persoalan yang memang dah ada jawapan .. tapi tak kurang juga persolan yang ntah di mana jawapan.. dan ada gak ketikanya.. jawapan dah tersedia depan mata.. tapi apa pulak persolannya.. erm.. pelik kan...
satu
cuti sekolah yang lalu.. anak sedara aku balik kampung.. dia cakap hubby dia dh brenti kerja kat tempat dulu.. walaupun dah nak masuk 2 dekad kat situ.. ntah apa hal.. aku pn malaih nak amik peduli..
dia mengeluh panjang. anak dua .. tp akhirnya hubby dia amik keputusan untuk kerja kat Cairo.. dan tinggalkan dia dan anak2 kat mesia ni.. bila aku tanya.. apa hal? dia juga tanyakan soalan yang sama pada aku...
untuk apa tinggalkan keluarga kat sini? dah elok2 ada kerja. nak g keje kat luar sana nu.. kalaw gaji tu 5 kali ganda tu tak pe la jugak.. tapi ini tak.. naiknya sikit je.. tp berjauhan pulak macam ni. erm.. aku mmg paham sangat macam mana nak membesarkan anak2 ni sorang2. bukan senang.. berat mata orang lain yang memandang.. makin berat lagi sebenarnya bahu yang memikul..
sebelum dia tinggalkan umah aku ... skali lg dia tanya..' agaknya kenapa mak njang?'
betapa aku harap.. aku ada jawapan yang boleh memberi sedikit ruang selesa.. tapi sayangnya.. aku sendiri juga masih mencari jawapan..
Dua
dua bulan yang lalu.. mak cik aku datang bertandang. aku ada cerita kat sini.. dia datang dengan anak dia.. sama gak.. dia dah lama keje.. gaji tak yah cakap la.. kerja ngan multinasional co. EPF pun dah lama mencarum max..
dan aku dh cakap juga.. brapa banyak blanja yang dia kena keluarkan untuk kimo mak cik aku.. adeh!! bayangkan.. dia yang gaji macam tu leh mengeluh.. apatah lagi kalaw aku yg ada kat tempat dia.. mana aku nak cekaw duit sebanyak tu...
sebelum balik.. ada dia mention kat aku.. 'tu la kan.. i wish.. i do not have to work anymore.. but suddenly thing turns up this way.. then i have to work till the last end.. how i wish i know.. that last end..'
erm.. sama gak.. aku hanya mampu tersenyum tanpa jawapan.. sedang aku sendiri bertanya.. mana akhirnya hidup aku neh...
Tiga
aku datang keje hari2.. macam2 orang aku jumpa. pada aku nak berkereta pun mahal la.. nak bayar bulan.. nak tuang minyak.. tu kira aku kat executive level.. cam ne dengan orang yg lg rendah gajinya dari aku..
selalu aku impikan.. kalawlah ada peluang.. aku tanak kerje.. baik aku uruskan hal rumahtangga dan anak2 saja.. sekurang-kurangnya anak2 aku membesar depan mata.. dan tangan aku sendiri yang membesarkan diaorang... tp hidup aku tak macam tu..
bila aku pandang keliling lak.. ada yang keje secreatary.. bawa toyota wish.. huih.. bayangkan minyak kena tuang banyak mana sebulan.. servis lagi.. dan aku rasa.. kalaw setakat gaji diaorang.. mau hangus gitu je...
erm.. bukan nak jeles ngan rezeki masing2.. cuma aku terfikir gak.. kalaw dah macam tu.. buat apa kerja lagi.. kan ke bagus je dok kat umah.. macam2 gak leh buat.. adeh!!!
kalawla aku ada jawapan..
2 comments:
Ketidaksempurnaan orang lain itu sebenarnyer menjadi nadi kekuatan kepada diri kita sendiri tanpa kita menyedarinya.
Kekuatan yang ada pada diri seseorang itu sebenarnya menyembunyikan kelemahan yang ada. walaubagaimana kita asingkan ia.. pasti akan terlihat suatu hari nnt. samada kita sedar ataupun tidak.
err,,, apa aku mepek nie intan?? huhuhu
adeh.. sib le hg bg statement cam gitu... first aku baca pun.. tak brapa nak paham.. apa maksud hg.. hahaha
anyway.. aku pun percaya gak.. memang kelebihan orang lain tu boleh mematahkan semangat kita kekadang.. ataw boleh juga dijadikan motivasi pada diri sendiri.. bergantung pada sudut mana kita lihat..
dan pada aku.. apa juga yang berlaku.. adalah ujian dari ALLAH belaka.. cuma kita ni sendiri.. sejauh mana kita yakin.. pada diri.. pada iman.. pada pegangan..
Post a Comment