19.7.07

KESEMPURNAAN.. dan yang diabaikan

aku dapat ni dari INBOX aku pg ni.. kadang aku harap sangat.. aku taw sapa yg mula tulis.. supaya senang aku nak quote nama dia.. tak le rasa salah cam.. mem'plagiat' pulak.. ada setengah kata2 tu.. indah sangat..

jika memancing ikan....
dan ikan itu terlekat di matakail,
ambillah ikan itu.... dan jangan LEPASKAN
semula ke dalam air begitu saja....
kerana ikan akan SAKIT
sebab bisanya ketajaman mata kail
malah ikan mungkin
akan MENDERITA selagi ikan masih bernyawa.

begitulah juga .........
setelah diri memberi banyak HARAPAN kepada seseorang...
dan SAYANG mula berputik
maka JAGAlah hatinya....
janganlah sesekali meninggalkannya begitu saja....
kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersama
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi ingatan itu bersemi dalam diri....

jika menadah air biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan jangan pula menganggap ianya begitu teguh....
cukuplah hanya sekadar keperluan....
dan andai ianya retak....
tentu sukar untuk menampalnya semula....
nak dibuang?
atau mungkin juga boleh dibaiki
dan ia masih dapat digunakan lagi....

begitu juga jika diri telah memiliki seseorang,
TERIMALAH dia seadanya....
janganlah terlalu mengaguminya
dan janganlah pula menganggap ianya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
bimbang jika sekali dia melakukan KESILAPAN
tidak mudah pula diri untuk menerimanya....
dan diri juga yang akan KECEWA
meninggalkannya... atau.. mungkin juga MEMAAFKAN
dan hubungan akan TERUS hingga ke akhirnya....

jika telah memiliki sepinggan nasi...
yang ianya pasti baik untuk diri..
mengenyangkan... berkhasiat....
mengapa mesti berlengah..
dan cuba mencari makanan yang lain..
kerana terlalu ingin mengejar kelazatan.
nasi itu akan basi dan nasi tak dapat dijamah lagi
dan PENYESALAN mula mengetuk hati..?

begitu juga jika diri telah bertemu
dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada diri..
MENYAYANGI... MENGASIHI...
mengapa mesti berlengah
dan cuba MEMBANDINGKAN pula dengan yang lain..
keran terlalu ingin mengejar kesempurnaan.
dan nanti diri juga yang akan KEHILANGAN
apabila dia DIMILIKI oleh yang lain..

~ oleh TANPA NAMA


tanyalah hati.. tanyalah pada diri..

2 comments:

Mutawwifah Maisarah said...

aku jumpa ko nyer blog ni pagi tadi sewaktu aku tengah mengadap dashboard aku. dan aku dah baca sajak yang ko letak dlm post ni. aku stuju memang ada maksud mendalam di sebalik kata2 tu.

intan said...

hi mangosteenskin...

tima kasih sbb sudi datang dan tinggalkan komen..;)