6.7.07

Jln Besar

pagi tadi.. lepas antaw anak aku g tuisyen.. aku terus g isi minyak sebelum datang keje.. hari ni patutnye weekend aku.. tp terpaksa keje sbb ada yg tak settle.. biasanya aku isi minyak kat SHELL..

masa tengah mengisi minyak tu.. aku terpandang kat sinage.. Jln Besar.. aku tersenyum sorang-sorang.. naper..? erm.. sebab aku teringat kesah anak aku 6 tahun dulu.. masa tu dia umo 5 tahun..

ye la.. 5 tahun.. anak aku masuk tadika.. baru nak blajaw kenal huruf.. baru nak blajaw mengeja.. abih sumer papan tanda kat jalan.. semua dia eja.. erm.. aku sebenawnya tak penah ajar anak aku mengenal huruf sebelum umo dia 5 tahun.. ntah la nape.. melainkan huruf jawi dan mula membaca iqra pada usia 6 tahun.. erm.. mungkin gak pendekatan aku ni salah.. so parents out there.. jangan ikut aku.. huhuhu...

aku masa tu pegi isi minyak kat stesen ni la jugak.. tp anak aku macam takut sangat.. aku cakap ngan dia.. duduk la elok2 kat belakang tu.. apsal lak cam takut2 ni.. dia tanya aku.. 'mak.. kat belakang dinding tu ada apa?', dia menuding jari ke arah dinding yang ada sinage tu.. aku cakap la..'ntah la. mak pun tak taw. tapi kalu dah tak dak tingkap.. mungkin la stor tempat depa letak barang.. ataw apa yang depa nak letak la..'. aku pandang muka anak aku.. ish! awat lak budak ni.. lain macam aku tengok hari ni..

aku tengok gaya macam nak ujan.. nak sampai ke rumah aku pun jauh lagi ni.. so ingat aku nak g 'ladies' dulu la.. aku cakap ngan anak aku.. 'mak nak ke bilik air. nana nak ikut?'. tak semena-mena anak aku menangis.. la.. kelam kabut aku dibuatnya.. orang keliling dah pandang semacam.. adeh!!!

then aku tanya la..'apsal lak nangis tengah2 medan ni..?'. skali anak aku jawab 'tamo p bilik air.. ada JIN'. Laaaaaaa.. mana pulak anak aku dapat idea ada JIN kat situ pulak.. then aku tanya, 'mana lak ada JIN'. anak aku jawab, 'ada'.. aku tanya .. 'mana ada..', then anak aku sambung.. 'tu dia tulih kat dinding.. "Jln Besar"'. adeh la... tulun.... aku punya gelak.. dan anak aku punyala nangis lagi.. orang yang lalu makin terpinga-pinga.. dan owner stesen pun datang..

'ada masalah ke?'.. dalam semput2 gelak tu aku cakap la kat owner tu.. 'anak saya ni baru je blajar nak mengeja. dia kekadang tak boleh nak kenal huruf besar dengan huruf kecik. sinage tu tulis 'Jln Besar'. tapi l=huruf kecik tu dia ingatkan I=huruf besar. jadi dia ingat kat belakang sinage tu ada JIN BESAR. bila saya cakap nak g bilik air.. dia meraung le .. takut terserempak ngan JIN.. hahahaha'

terus owner tu gelak sama.. lalu owner tu pun dengan baiknya la.. cakap ngan anak aku.. ni huruf l bukan huruf I. jadinya.. Jln tu singkatan untuk Jalan. bukannya JIN. kalaw tak caya.. jom kita g tengok kat belakang ni.. dia bawak anak aku ke belakang.. adeh la.. sabaw je la.. bila dia kluaw dari situ.. aku tanya..'ada JIN'.. anak aku dengan muka lega menjawab.. 'ala.. tak dak pun.. tong minyak ada la..' dan aku lak.. terus tak jadi ke bilik air.. tapi memang kan sekali imbas .. memang pun Jln Besar.. kalau gunakan tulisan Arial.. susah juga nak bezakan l (huruf kecik) dengan I (huruf besar).. erm..

sesekali bila melintas stesen tu ataw aku berenti isi minyak kat situ ngan anak aku... aku mesti gelak.. erm.. dan bila tengok anak aku gelak happy cam tu.. ilang rasa segala perit jerih membesarkan dia.. benar seperti kata orang.. anak itu permata berharga kepada ibu bapa.. betapa ruginya ibu dan bapa yang tak tahu nak menghayati anugerah ALLAH ini..

~ aku bersyukur pada ALLAH kerana ada kesempatan untuk menikmati anugerah ini..

No comments: