6.6.07

mudah LUPA

MELAYU mudah lupa... erm.. selalu denga.. tapi dalam kelas AQIDAH baru-baru ni.. ustaz ada sebut.. bukan sekadar MELAYU yang mudah lupa.. sebenarnya MANUSIA itu yang mudah lupa..

erm.. MANUSIA mudah lupa..

memang pun.. manusia itu mudah lupa .. termasuklah aku.. dan tertarik dengan apa yang ustaz sambung.. lalu kerana itu adanya pelbagai perasaaan dalam diri.. ada rasa dukacita rasa gembira rasa sedih dan 1001 macam rasa yang tak dapat digambarkan.. kerana sifat yang mudah lupa itulah ... maka perasaan itu akan beransur-ansur pergi.. cuma mengambil waktu.. ada setengahnya ambik masa yang singkat.. dan ada kalanya pula mengambil masa yang lama ..

pada satu waktu dan ketika.. aku pernah merasakan.. mengapa agaknya.. mengapa agaknya.. sayang itu diungkap pada diri.. dan akhirnya ditinggalkan.. adakah ini juga berkait dengan lupanya seorang manusia... erm.. mungkin...

lalu pada ketika yang lain pula.. aku pernah mengungkap sayang.. lalu mengapa pula aku meninggalkan... erm.. macam aku penah sebut.. dalam post terdahulu.. perlu ada sebab untuk menyayangi.. dan berbalik pada aku.. tanya pada diri.. benarkah aku menyayangi.. dan hatiku membenarkan.. tapi mengapa aku meninggalkan...?

ermm... naper eh..? sebab itulah yang terbaik untuk aku lakukan pada waktu dan ketika itu.. bila mengucapkan sayang.. aku selalu mahukan yang terbaik untuk yang aku sayangi.. walaupun sebenarnya.. amat tak adil kepada pihak yang lagi satu.. lagipun .. lagipun.. untuk apa aku di situ .. kalau menjadi topik perbalahan.. jadi topik perbualan.. jadi topik untuk perbincangan.. mungkin menghilang itu lebih baik.. meninggalkan itu lebih baik .. sebelum hati aku terus terjerumus dalam kekalutan yang makin dalam..

lalu hipokritkah kah aku dalam satu ikatan.. erm.. aku takut.. aku memang takut dengan diri aku.. dengan apa yang aku lalui dan apa yang menghantui aku.. aku perlu jalani hidup ini.. setabah mungkin.. demi untuk yang bergantung pada aku.. aku perlu tahu jalan mana yang patut aku pilih dan jalan mana pulak untuk menghindari...

ermm... lalu.. naper .. tak jelas kan saja..? perlukah penjelasan.. sbb pada aku.. tak guna mengubah persepsi orang.. kalau sudah diadili tanpa berhadapan.. untuk apa lagi kata-kata.. kalau sudah tak boleh nak terima aku tanpa memalsukan siapa aku.. takkan pulak aku nak memalsukan diri supaya diterima.. menjadi orang lain untuk menjadi aku.. makanya aku pulak menjadi orang lain

seeloknya.. mungkin elok.. aku biarkan saja apa yang berlaku mengikut arus ketentuan seharusnya.. melihat bagai alunan air sungai menuju muara.. sesekali aku letakkan jari pada nya .. untuk aku nikmati rasa alam.. dan bersyukur..

pada hati yang merasai aku melukakan.. maafkan diri ini.. mungkin .. berdiam itulah penyelesaian terbaik.. padamu RINDU.. aku mengingati tiap waktu.. terlalu hampir dalam hati.. tapi aku hanya mampu menatap drama dalam hidup ini.. tanpa mengambil peranan sebahagian darinya..

ada yang menyangkal
.. tapi menyadurkan kembali

ada yang bersumpah menjauh
.. tapi mendekati kembali

ada yang memalsukan
.. tapi membenarkan kembali

ada yang mengatakan realiti
.. namun sebenarnya .. tak ubah umpama mimpi

ada yang memulakan
.. dalam masa yang sama mengakhiri

ada yang berjanji
.. dalam masa yang sama memungkiri

ada yang melupakan
.. dan tak ingin mengingati kembali..
sungguh dunia ini PENTAS hidup insan.. dan aku sebahagian daripadanya.. semakin aku kalut menyulam rasa dalam diri ini.. kalut dalam menimbang apa yang terbaik.. semakin banyak kesilapan demi kesilapan yang aku lakukan.. erm.. sesetengah perkara.. aku terlupa.. perkara yang ingin aku ingati.. tapi tidak mengingati pula .. perkara yang tak ingin aku lupakan..

~ hanya ALLAH yang tahu apa rasa tiap insan.. dan tak pernah lupa walau apapun KEJADIAN..

No comments: