11.3.09

senang vs SUSAH

satu bulan dan setengah bulan entry aku hilang..

tengok kat countdown tu.. tinggal lagi 20 hari. memang la.. 20 hari je lagi tinggal untuk aku duduk sini. lepas ni aku akan berpindah kerja ke Bandar Diraja Indera Kayangan.

susah nak gambarkan apa perasaan aku sekarang ni. nak kata happy ke tak happy pun aku tataw. memang ke sana tu seolahnya cita-cita aku.. tapi duduk sini juga membahagiakan aku.. walaupun terlalu banyak kepahitan yang telah aku lalui..

tapi sudah menjadi lumrah hidup ni.. kita akan lebih memahami, menghargai segala yang berlaku semasa waktu susah. tu sebabnya banyak pengajaran yang dapat kita perolehi pada saat kesukaran itu kita lewati.

waktu senang pula... memang best.. terasa cepat masa berlalu.. tetapi terkadang ... terlalu sikit pula kenangan yang boleh diabadikan.. apatah lagi untuk mengambil iktibar daripadanya.. kekadang waktu senang ni aku andaikan macam pohon yang berbungan setahun sekali.. dan mungkin bunga itu mekar untuk seketika dan kemudiaannya ianya layu.. dan mati.. makanya terlalu sikit gambaran seronok yang nak diceritakan..

tapi apa sebenarnya yang nak diingatkan...

mungkin ingatan mekar bunga itu terlalu sikit.. tapi peritnya untuk menanam pohon untuk mendapatkan bunga yang cantik itu yang payah.. dan semestinya.. kesukaran itu sebanarnya yang memberi banyak pengajaran.

well.. rasanya cukup setakat ni dulu.. tak banyak yang nak diupdate..

to all... adios..

2 comments:

`in said...

woo countdown nak pindah rupanya :D

lek lek achik ..

meninggalkan sesuatu tu tak bermakna 'meninggalkan' ..
buat apa dekat tapi hati sentiasa menjauh
tapi kalau dah jauh asyik teringat2, tu pon masalah gak

sbb tu .. hidup mesti terus & gigi mesti berus!
ngeeee~ :D

intan said...

iyaaaaaaaa... betul..

sbb tu hidup mesti berus gigi dan gigi mesti berus..

asal saja berus gigi dengan berus gigi dan bukan dengan berus yang selain berus gigi...

hehehe...