lama sungguh aku tak hupdate blog ni. banyak perkara yang berlaku mencuri waktu dari hari-hari yang dilalui..
terpanggil untuk menulis hari ni. seharusnya hari yang dimulai dengan indah tapi sedikit kepayahan mula bersarang dalam diri. berat rasa perasaan ini. rata-rata orang bercakap tentang hari ibu..
mungkin inilah antara hari yang amat sayu dalam hidup aku. aku tak berpeluang lagi nak bagi hadiah apa pun untuk mak aku. tak de lagi nak mengadu dan bahu untuk aku menangis sendu. terasa amat kelihangan dan kosong.
semua baju mak dalam almari tak mampu aku nak kemas. berulang kali aku cuba untuk kemaskan tapi selama itu juga hatiku jadi longlai.. tanganku jadi semakin berat. akhirnya aku hanya mampu berteleku dan tinggalkan semuanya seperti seadanya.
sungguh tak sangka, hidup jadi terlalu kosong walaupun aku tahu dia tidak ke mana sebenarnya dan sampai waktu aku juga akan mengikuti jejak yang sama... tapi masih juga hati ini tidak mahu untuk mengerti .. tak ingin untuk memahami...
sabarla hati..
dan sepanjang tahun ini.. hujan seolah turut meratapi.. entah kenapa hujan turun awal dari waktunya seolah sama meratapi hatiku meniti hari-hari yang sendu..
sekalung doa untuk mak tercinta.. semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. AMIN..

No comments:
Post a Comment