18.6.08

nak KEMAS le ni..

fenat aa meniti hari-hari dalam bulan ni..

semalam saja pegi opish baru.. saja nak amik-amik angin sementara boz kat sini tak dak.

tak de orang gak. sumer g bengkel.. akhirnya melapok kat bilik sorang pegawai yg sedang g cuti belajar..

apa aku nak buat ni..

tengok-tengok.. ok.. lap2 habuk.. sambey jeling2 kat pc atas meja..

tanya kakak kat depan tu, 'boleh saya on pc ni?'.

'ala.. buat je macam reta sendiri.' sahut kakak tu dari jauh.

ok la tu.. mula aa gatal tangan.

patut pc kena tinggal, tp banyak lg personal data dalam tu. klik sana klik sini. woooo.. windows corrupt le. adeh.. nampaknya kena hanta servis aa cam gini. aku mana bawak segala software tu.

sambey tu.. aku terpikir gak balik.. sakit hati aku ni tak abih lagi..

teringat gak kakak yang penah duduk depan aku, 'jangan le ke tempat baru dengan hati yang tengah panaih cam gitu. tak baik...' terngiang dalam fikiran.

apa yang aku bengang dan terbakar sangat?

aku mmg dah nak kena kluaw dari 'my working area'. faham. aku pun tau. tp mengenangkan kerja-kerja yang banyak dan tak de orang nak cover untuk tempoh waktu ni, aku akan stay, sekurang-kurangnya sampai migaration selesai dan deployment boleh dibuat.

bukan setakat tu.. weekend pun masih lg aku datang keje sbb ada sorang team aku emergency.

tapi, masuk je opish keesokkan harinya.. ada lak orang datang kat aku dan cakap, 'kak, pentadbir soh cakap, akak bila nak kluaw sbb ada staff baru nak masuk'. mak aaaiiiiiiiiiiiiiiiii... mau tak terbakaw hati aku...

sudahla aku tolong cover keje, kena sound cam gini la plak. memang la aku tak sempat nak kemas lagi barang-barang aku, tp tunggu le kejap. nak mengemas le tu... bagi aku settle kan keje aku ni dulu...

tapi membara nya pasal.. terus aku kemas, masuk sumer bebarang lam kotak dan blah je terus dari bilik tu. sekarang ni aku lepak je kat ala-ala kaki lima dan belakang kaunter. lagi senang hati aku.

dalam marah-marah cam gitu, gamaknya aku tak sedar kot, aku mmg layak pun dihalau keluar.

check nama dalam sistem, nama aku dah tak de pun dalam list.

check kat list department baru, dah wujud sejak 15 jun.

jadi betul la apa pentadbir tu buat. agaknya aku yg terlebih emo.

tapi aku geram. terasa sangat macam tak dihargai.

tapi bukan ke tu lebih kepada emosi belaka.

so, aku dah cool skit. tu la kalu dah tak sabar, rasa sumer benda tak kena. padahal memang salah aku sendiri.

semalam pentadbir panggey. aku dah cakap, aku dah kosongkan tempat dan talian aku tu. pakai la sapa nak pakai. dan aku gak dah mail kat group, 'saying good bye' kind of note.

letih yang di cari sendiri.

tapi report aku kena settlekan juga.

cuma aku makin tak de mood nak buat.

makin malas yang amat-amat...

tapi patutnya aku berusaha gak kan. kena sabar gak wat keje kan. nak ikutkan malas ni, mmg tak ke mana peginya. pada hal masa terus berdetik dan mendahului tanpa kita sedari.

cam gitu le gamaknye..

~ ALLAH ampunkan aku yg lemah ni. sabo je la hati..

No comments: